Nasi Ganja Ipoh Helikopter

Helikopter Dari Kuala Lumpur Mendarat Di Padang Ipoh Untuk Pesanan 36 Bungkus Nasi Ganja

Ambil nasi ganja di Ipoh menggunakan helikopter.

BACA: 2 Helikopter Bertembung Ketika Ujian Penerbangan Sebelum 1 Daripadanya Terhempas Di Ampang

Ipoh memang terkenal sebagai lubuk nasi ganja yang boleh buatkan para peminat menu ini terigau-igau.

Mungkin disebabkan itu, ada yang sanggup menempah nasi ganja khas dari Ipoh dengan menggunakan helikopter.

Helikopter Dari Kuala Lumpur Mendarat Di Padang Ipoh Untuk Pesanan 36 Bungkus Nasi Ganja 1

Awal pagi tadi, orang ramai dikejutkan dengan kehadiran sebuah helikopter di Padang Ipoh dengan tujuan untuk mengambil tempahan nasi kandar dari sebuah restoran popular di Ipoh.

Hasil semakan dengan ihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh mendapati helikopter milik syarikat swasta itu dinaiki dua lelaki itu tidak mendapat kebenaran untuk mendarat di Padang Ipoh sebaliknya hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh.

Helikopter Dari Kuala Lumpur Mendarat Di Padang Ipoh Untuk Pesanan 36 Bungkus Nasi Ganja 2
Sumber: Awani Perak

Menurut jurucakap restoran, mereka memang ada menerima 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin daripada pelanggan di Kuala Lumpur.

Semasa diberitahu pesanan akan diambil menggunakan helikopter, mereka agak ragu-ragu kerana kejadian seperti ini tidak pernah berlaku.

Namun, mereka terkejut kerana pesanan yang dijual dengan harga RM10 setiap bungkus itu benar-benar diambil menggunakan helikopter.

Untuk yang belum tahu, nasi ganja mendapat nama sebegitu kerana apabila tibanya musim bulan puasa, ianya dijual seperti penjualan dadah kepada mereka yang tidak berpuasa.

Tetapi ada juga yang mengatakan keenakan menu tersebut mampu membuatkan seseorang itu ketagihan, seperti ketagihan ganja.

Dibungkus degan surat khabar dan kemudiannya plastik, nasi ganja juga dipanggil sebagai nasi vanggey.

Vanggey berasal daripada perkataan Tamil yang bermaksud ‘mari’. Untuk memanggil pelanggan membeli, penjual akan melaungkan ‘vanggey, vanggey, vanggey’ sehingga terlekatlah perkataan vanggey tersebut pada menu yang dijual.

Sumber: Astro Awani