page

‘Bunga Bukan Sekuntum, Yen!’ Kisah Oyen Berebut Awek Buat Netizen Terhibur

Dalam banyak-banyak baka kucing, Oyen adalah salah seekor yang kerap menjadi perhatian kerana perangainya yang mencuit hari.

Terbaharu, kisah Oyen yang dikongsikan di Facebook Rapid KL berjaya menghiburkan netizen.

Gara-gara berebutkan kucing betina lain, habis beliau bergaduh sehingga terluka di bahagian kepala.

‘Bunga Bukan Sekuntum, Yen!’ Kisah Oyen Berebut Awek Buat Netizen Terhibur 1
Sumber: Facebook Rapid KL

Salah seorang penumpang Rapid KL yang simpati dengan kecederaan Oyen telah memberikan RM50 kepada kakitangan Rapid KL untuk biaya  rawatannya.

Oyen dan Awek
Sumber: Facebook Rapid KL

Tidak menunggu lama, Oyen dibawa ke klinik haiwan berdekatan oleh Adli, salah seorang kakitangan Rapid KL sebelum dibawa pulang ke rumahnya untuk penjagaan susulan.

Oyen dan Awek 1
Sumber: Facebook Rapid KL

Selepas dua minggu, Oyen yang sukakan tempat berpenghawa dingin ini kembali sihat dan cergas seperti biasa.

Oyen dan Awek 4
Sumber: Facebook Rapid KL

Rapid KL turut menyampaikan pesan kepada mana-mana penumpang yang terjumpa dengan Oyen menasihati Oyen bahawa dalam dunia ini bunga bukan sekuntum.

‘Bunga Bukan Sekuntum, Yen!’ Kisah Oyen Berebut Awek Buat Netizen Terhibur 3
Sumber: Facebook Rapid KL

“Bunga bukan sekuntum, Yen!”

Sumber: Rapid KL