Lukisan Buruk Shopee Laku Keras

Lelaki Tak Sangka ‘Lukisan Buruk’ Dijual Di Shopee Laku Keras Bagai Pisang Goreng

Lelaki Tak Sangka ‘Lukisan Buruk’ Dijual Di Shopee Laku Keras Bagai Pisang Goreng.

Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap seni.

Terdorong selepas tular mengenai seorang seller yang menjual kata-kata ‘semangat’ yang agak melucukan di Shopee mendapat perhatian orang ramai, seorang pengguna Twitter mencuba nasib yang sama.

Adib Afdzal @afdzal_adib, memuat naik ciapan mempromosi lakaran lukisannya di Shopee dengan harga RM0.50 setiap satu.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, lakaran yang boleh dikategori sebagai sangat ‘buruk’ itu mendapat sambutan dan laku keras di pasaran.

Memetik sumber Malay Mail, dia mendapat idea menjual lukisan sebegitu apabila sedang mengedit poster menggunakan Photoshop untuk kerjanya.

Pada mulanya, lukisannya tidak begitu mendapat sambutan, sehinggalah satu daripada karyanya itu mula tular di TikTok.

“Awalnya saya terkejut, tapi kemudian saya jadi tersentuh apabila kebanyakan komen mengatakan mereka terhibur kerana tertekan akibat perintah sekatan.”

Selain menawarkan lukisan potrait sedia ada hitam putih yang menampilkan personaliti terkenal tanah air seperti Neelofa dan Datuk Lee Chong Wei.

Ketika itu, lukisan Adib berjaya dijual lebih 200 unit dan meraih keuntungan lebih RM100 hanya dengan lukisannya yang berharga RM0.50. Buat masa ini, jualan lukisan di Shopee laris terjual.

Hanya menggunakan perisian Photoshop dan gerakan tetikus untuk melukis, Adib hanya mengenakan bayaran sebanyak RM 0.50 untuk lukisan potrait hitam putih dan RM 0.80 untuk versi berwarna.

Lukisan Buruk Shopee Laku Keras

Adib juga menawarkan lukisan berdasarkan gambar yang diinginkan pelanggan. Lukisan itu kemudiannya akan dihantar melalui emel atau Shoppe Chat dalam format jpeg.

Mungkin anda yang ingin hilangkan bosan dan tekanan waktu ini, bolehlah cuba membeli lukisan di SINI.

Melihat pada ruangan komen di Shopee, dapat dilihat lukisan Adib membawa kegembiraan kepada para pelanggan.

Mungkin tiada perkara yang pelik pada masa kini, ada sahaja cara manusia boleh menjana pendapatan walaupun kaedahnya mungkin agak pelik dan tak masuk akal.

BACA: Bagaimana Lelaki Ini Mampu Jana Pendapatan Dengan Tidak Berbuat Apa

Sumber: Malay Mail