Katil Olimpik 2020 Kadbod

Katil Olimpik 2020 Diperbuat Daripada Kadbod Jadi Tumpuan, Cegah Atlet Buat Hubungan Intim?

Bahang Sukan Olimpik 2020 kian terasa apabila bakal membuka tirai secara rasminya pada 23 Julai ini selepas beberapa kali terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik yang melanda dunia.

BACA: Malaysia Negara Tunggal Pembekal Makanan Halal Untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020

Pastinya, sukan berprestij itu tidak mungkin sama dan semestinya berbeza dengan prosedur operasi standard (​SOP) yang ketat.

Misalnya, atlet bukan saja perlu mengelak daripada dijangkiti COVID-19 tetapi juga perlu memastikan mereka tidak tersenarai dalam kontak rapat dengan mana-mana pesakit virus berkenaan ketika berada di Tokyo.

Dalam beberapa perkara berbeza yang diperkenalkan menerusi Olimpik 2020 ini, satu daripadanya paling mencuri tumpuan iaitu katil atlet Olimpik diperbuat daripada kadbod.

Rangka katil untuk para atlet Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung antara 24 Julai dan 9 Ogos depan akan diperbuat daripada kadbod yang dikitar semula.

Tilam untuk katil itu pula adalah dalam bentuk politilena yang akan digunakan semula untuk produk plastik selepas temasya sukan tersebut berlangsung.

Pasti musykil mengapa para atlet diberikan katil sebegitu yang kedengaran agak tidak selesa untuk tidur atau berehat.

Katil Olimpik 2020 Kadbod

New York Post melaporkan tilam tersebut dipilih untuk mengelakkan atlet melakukan hubungan seks ketika Olimpik 2020 agar terhindar dari COVID-19.

Salah seorang atlet Olimpik wakil Amerika, melalui laman Twitter telah memuat naik foto mengenai katil ‘antiseks’ yang ditempatkan di Perkampungan Olimpik itu.

Katil Olimpik 2020 Kadbod

“Tempat tidur yang akan dipasang di Tokyo Olympic Village diperbuat daripada kadbod, ini bertujuan untuk mengelakkan hubungan intim di kalangan atlet.

“Tempat tidur ini mampu menahan berat badan satu orang untuk mengelakkan situasi di luar sukan. Saya tidak melihat sebarang masalah untuk pelari jarak jauh, bahkan 4 dari kami dapat melakukannya.” kata Paul Chelimo.

@thenzteam

😂 what cardboard beds? #olympics #olympians #rowers #cardboard #fyp

♬ original sound – TRAP 🤑😻

Hubungan intim sesama atlet sewaktu Olimpik bukan lagi menjadi rahsia. Tidak menghairankan ketika Olimpik 1988, pihak jawatankuasa yang mengedarkan kondom untuk atlet.

Sehubungan itu, sekitar 160,000 kondom diedarkan untuk para atlet bagi tahun ini. Namun, jawatankuasa Olimpik menegaskan kondom tersebut hanya boleh dibawa pulang oleh atlet ke negara masing-masing sebagai bentuk kesedaran pentingnya hubungan seks yang selamat.

“Tujuan kami bukan untuk para atlet memakainya di Olympic Village, tetapi untuk meningkatkan kesedaran dengan membawanya pulang.” kata Jawatankuasa Penganjur.

Bagaimanapun, penganjur menafikan dakwaan tilam kadbod digunakan untuk mengelak atlet melakukan hubungan intim. Ia sebenarnya lebih kepada memperlihatkan katil-katil ini juga mampu memberikan keadaan yang lebih selesa dan tahan lama walaupun menggunakan bahan kitar semula.

Sumber: New York Post