Tular Video Maki Polis Di Stesen Minyak, Berikut Senarai Pertuduhan Yang Bakal Dihadapi Lelaki Ini 3

Tular Video Maki Polis Di Stesen Minyak, Berikut Senarai Pertuduhan Yang Bakal Dihadapi Lelaki Ini

Senarai pertuduhan yang akan dihadapi suspek maki polis di stesen minyak susulan tidak memakai topeng pelitup muka di kawasan awam.

Sejak semalam tular di media sosial video seorang lelaki yang ditahan penguatkuasa susulan daripada kejadian tidak memakai pelitup muka di kawasan awam – stesen minyak.

Sudah ditahan reman empat hari oleh Mahkamah Majistret hari ini sehingga 24 Julai lalu, suspek berusia 29 tahun yang bekerja sebagai ejen insurans ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut seorang pengguna Facebook, Khairul Azri, suspek dituduh di bawah lima pertuduhan, seperti di senarai bawah:

Tular Video Maki Polis Di Stesen Minyak, Berikut Senarai Pertuduhan Yang Bakal Dihadapi Lelaki Ini 1

1. Seksyen 188 Kanun Keseksaan

Mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam, hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

2. Seksyen 504 Kanun Keseksaan

Dengan sengaja mengaibkan dengan niat untuk memecahkan keamanan, hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

3. Seksyen 505(b) Kanun Keseksaaan

Mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan kepada orang awam, hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

4. Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955

Menggunakan perkataan lucah, mengugut, kasar atau menghina, atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau menghina, atau menampal atau melekatkan atau mempamerkan apa-apa kertas bertulis atau lukisan yang lucah, mengugut, kasar atau menghina dengan niat membangkitkan keadaan tidak aman, atau di mana suatu keadaan tidak aman.

Hukuman denda tidak melebihi RM100.

5. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia

Denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, mengikut kenyataan suspek, tujuan beliau merakam dan memuatnaik video tersebut ke media sosial adalah untuk perlindungan diri sekiranya sesuatu perkara tidak diingini berlaku kepadanya.

Baca lanjut di: Disaman Kerana Tidak Pakai Mask, Lelaki Ini Hambur Carutan Kepada Pegawai Polis

Sumber: Khairul Azri