pelitup muka

Disaman Kerana Tidak Pakai Mask, Lelaki Ini Hambur Carutan Kepada Pegawai Polis

SOP Perintah Kawalan Pergerakan di tempat awam adalah mewajibkan setiap orang untuk memakai pelitup muka apabila keluar rumah.

Denda sebanyak RM1,500 boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar kepada pematuhan awam ini.

pelitup muka

Tular di media sosial, seorang lelaki telah memuatnaik video rakamannya sendiri apabila ditahan oleh pihak penguasa kerana tidak memakai pelitup muka di kawasan stesen minyak.

Mengikut kenyataannya, tujuan beliau merakam dan memuatnaik video tersebut ke media sosial adalah untuk perlindungan diri sekiranya sesuatu perkara tidak diingini berlaku kepada beliau.

Berdasarkan alasan beliau, lelaki ini tidak memakai pelitup kerana tidak masuk ke dalam premis stesen minyak, beliau hanya membuat pembayaran di kaunter luar sahaja.

Tambahan, apabila ditanya oleh pegawai polis tentang pengambilan vaksin, lelaki ini menyatakan bahawa beliau tidak mahu mengambil vaksin berdasarkan kajian yang beliau lakukan sendiri.

Selepas dikenakan tindakan, lelaki ini terus menerus menghambur carutan kepada pegawai polis yang menyamannya serta mempersoalkan kesemua rakyat yang terlalu mengikut kata pemerintah serta yang mengambil vaksin.

Untuk pengetahuan ramai, menghalang penguatkuasa melakukan tugas mereka juga merupakan suatu kesalahan. Jadilah rakyat yang bijak, sentiasa mengikuti arahan dan undang-undang yang disediakan bagi memastikan kehidupan kita sentiasa aman harmoni.

BACA: Turun Padang Tinjau Lokasi Kemalangan, Pelitup Muka Pengerusi Prasarana Curi Perhatian Netizen