Kim Jong Un Lancar Perang Merpati

Perkara Yang Diharamkan Untuk Rakyat Korea Utara, Boleh Dihukum Mati Jika Terkantoi

Perkara yang diharamkan kepada rakyat Korea Utara dan boleh dihukum mati sekiranya tertangkap.

Korea Utara terkenal sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan diktaktor. Disebabkan itu, mereka sentiasa menjadi tumpuan rakyat negara lain termasuklah Malaysia.

Untuk rakyat biasa di Korea Utara, ada beberapa perkara yang tidak boleh atau tidak mampu untuk mereka miliki. Namun peraturan ini sedikit berbeza dengan golongan kelas atasan yang tinggal di Pyongyang, ibu negara Korea Utara.

Hukum Berkaitan Sambutan Hari Krismas Yang Selalu Jadi Persoalan 1
Sumber: FMT

1. Pewarna rambut

Larangan ini tetap tidak dibenarkan biarpun rakyat sekadar mahu menyertai sambutan yang disambut rakyat dunia lain.

2. Kitab Bible

Sama seperti pokok krismas, Kitab Bible dianggap sebagai satu simbol budaya barat dan tidak dibenarkan di sana kerana dikhuatiri mampu mempengaruhi rakyat Korea Utara.

3. Hiburan Korea Selatan

Walaupun ada dakwaan yang mengatakan Kim Jong-Un meminati kumpulan Red Velvet, Korea Utara mengharamkan sebarang jenis hiburan dari Korea Selatan masuk ke sana.

Sebagai contoh, kumpulan Bangtan Boys atau juga dikenali sebagai BTS  merupakan sebuah kumpulan yang terkenal pada peringkat global, tidak ketinggalan di Korea Utara.

Boleh Ditembak Jika Terkantoi Minat BTS, Ini Kod Rahsia Yang Digunakan ARMY

Namun sesiapa yang didapati menonton atau memiliki barangan BTS, boleh dikenakan hukuman tembak sampai mati.

4. Fesyen Barat

Jika dahulunya undang-undang Korea Utara hanya menumpukan pada pengharaman fesyen Barat, tetapi kini tekanan juga diberikan kepada fesyen dari negara lain termasuklah Korea Selatan.

Di Korea Utara, ada kod-kod etika pemakaian yang perlu dipatuhi dan ini termasuklah pemilihan kasut.

5. Kondom

Kondom bukanlah sesuatu yang diharamkan di Korea Utara, tetapi lebih kepada tidak mampu untuk dimiliki rakyat biasa.

Salah satunya adalah disebabkan oleh budaya Korea yang tidak membicarakan mengenai seks secara terbuka. Malah boleh dikatakan kebanyakan rakyat biasa di Korea Utara sendiri tidak tahu mengenai apa itu kondom.

Disebabkan tidak mampu membeli sesuatu yang hanya dipakai sekali sebelum dibuang, membeli kondom adalah satu hak istimewa di Korea Utara.

Bukan sahaja kondom, segala jenis alat kawalan kelahiran juga tidak dibenarkan.

Disebabkan itu jugakah ramai golongan dewasa di Korea Utara sangat berterima kasih apabila mereka menerima hadiah berupa kondom.