Jalani Penggambaran Di Bali, ‘A Perfect Fit’ Ubat Kerinduan Penonton Untuk Bercuti 3

Jalani Penggambaran Di Bali, Babak ‘A Perfect Fit’ Ubat Kerinduan Penonton Untuk Bercuti

A Perfect Fit (2021) merupakan sebuah filem yang menarik untuk ditonton jika anda mencari sebuah filem ringan genre romantik dari Indonesia untuk ditonton.

BACA: 5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix

Baru sahaja ditayangkan di Netflix, filem ini mengisahkan mengenai Saski (lakonan Nadya Arina), seorang blogger fesyen yang terperangkap dalam hubungan toksik bersama tunangnya, Deni (lakonan Giorgino Abraham).

Dalam sat pertemuan yang tidak dijangka, Saski bertemu dengan Rio (lakonan Refal Hady) seorang tukang kasut.

Jalani Penggambaran Di Bali, ‘A Perfect Fit’ Ubat Kerinduan Penonton Untuk Bercuti 2

Bersama Rio, Saski terasa lebih selesa jika dibandingkan dengan Deni yang suka panas baran. Terasa dihargai dan dilayan seperti yang sepatutnya.

Biarpun keduanya saling suka, namun disebabkan keluarga hubungan mereka tidak dapat diteruskan.

Saski terikat dalam ikatan pertunangan yang menanti hari disatukan dengan Deni.

Jalani Penggambaran Di Bali, ‘A Perfect Fit’ Ubat Kerinduan Penonton Untuk Bercuti 1

Manakala Rio pula terpaksa mengikut kata ibunya yang mahukan beliau bernikah dengan Tiara (lakonan Anggika Bolsterli).

Dapatkah keduanya bersatu? Itu anda kena tonton sendiri di Netflix.

Sebelum itu, apa kata tonton dahulu trailer filem A Perfect Fit ini di pautan bawah:

Selain daripada plot yang ringan, sinematografi filem ini juga merupakan tarikan yang paling kuat untuk penonton menonton filem ini.

Memilih Bali sebagai lokasi penggambaran, menonton filem ini sekurangnya boleh meredakan perasaan rindu penonton yang ‘terpaksa’  duduk di rumah dan tidak dibenarkan untuk merentas daerah, apatah lagi negeri dan negara.

Untuk pengetahuan anda, Indonesia juga kini berada dalam keadaan kritikal sehingga terpaksa memohon bantuan bekala oksigen dari Singapura.

Sistem kesihatan negara ini juga boleh lumpuh pada bila-bila masa apabila semakin banyak hospital tidak dapat menampung keperluan pesakit COVID-19 apabila kekurangan katil dan bekalan oksigen.

Lebih puluhan hospital di Surabaya ketika ini penuh dan tidak mampu menampung kemasukan pesakit lagi.

Hospital di Jakarta ini mencapai 90 peratus kapasiti manakala puluhan hospital di Surabaya kini sudah penuh dan tidak lagi menerima pesakit.