
Diperbuat Daripada Alat Elektronik Kitar Semula, Ini Harga Sebenar Pingat Olimpik 2020
Berapa sebenarnya harga pingat Olimpik?
Pingat Olimpik dan Paralimpik merupakan salah satu daripada perkara ikonik dalam kejuaraan di seluruh dunia dengan keunikan tersendiri hasil daripada sentuhan negara tuan rumah.
BACA: Azreen Nabila Tetap Menyinar Di Olimpik 2020 Biarpun Tanpa Ditemani Jurulatih
Mungkin kerana nilainya yang tiada tandingan kepada atlet, ada yang tertanya-tanya berapa sebenarnya harga pingat Olimpik yang direbut atlet dari seluruh dunia ini?
Pingat emas:
Dengan kandungan 550 gram perak dan 6 gram lapisan emas masing-masing bernilai USD466 dan USD353, membawa kepada nilai sebenar pingat berkenaan ialah USD820 atau jika dalam Ringgit Malaysia berjumlah sekitar RM3,460.
Pingat perak:
Untuk pingat perak, ia mengandungi 550 gram logam yang mana jika dileburkan membawa kepada nilai USD425 iaitu sekitar RM1,751.
Pingat gangsa:
Pingat gangsa pula diperbuat daripada aloi tembaga dan zink seberat 450 gram, yang mana masing-masing bernilai kurang daripada USD7 atau pun sekitar RM29.
Olimpik Tokyo 2020
Walaupun ada yang mengatakan menggunakan semula logam setelah menjadi pingat, ia sudah menjadi tradisi sejak sedekad yang lalu untuk memasukkan bahan kitar semula dalam pingat Olimpik.
Di Tokyo, 100% logam dalam pingat telah dikitar semula.
Antara 2017 hingga 2019, rakyat Jepun telah menyumbangkan alat elektronik lama yang mempunyai logam berharga yang diekstrak daripadanya.
Dan sevcara keseluruhan, kerajaan Jepun berjaya mengumpulkan beberapa juta tan peralatan, dan mengambil 32kg emas, 3,500kg perak dan 2,200kg tembaga dan zink untuk pingat gangsa.
Terdahulu dalam beberapa perkara berbeza yang diperkenalkan menerusi Olimpik 2020 ini, satu daripadanya paling mencuri tumpuan iaitu katil atlet Olimpik diperbuat daripada kadbod.
Rangka katil untuk para atlet Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung antara 24 Julai dan 9 Ogos depan akan diperbuat daripada kadbod yang dikitar semula.
Tilam untuk katil itu pula adalah dalam bentuk politilena yang akan digunakan semula untuk produk plastik selepas temasya sukan tersebut berlangsung.
Baca lanjut DI SINI.
Sumber:
Trending now



