arab saudi

Arab Saudi Benarkan Perniagaan Beroperasi Sepanjang Waktu Solat

Arab Saudi secara rasminya membenarkan perniagaan untuk beroperasi sepanjang 5 waktu solat seperti yang dikeluarkan oleh pekeliling Kesatuan Dewan Saudi.

Keputusan ini dibuat sebagai langkah pencegahan membendung penularan wabak COVID-19 serta mengelakkan pengunjung berkumpul berdekatan kedai ketika premis sedang ditutup semasa waktu solat.

arab saudi

Semenjak diangkat sebagai pemerintah baharu negara tersebut, Putera Mahkota Mohammed bin Salman memperkenalkan perubahan ekonomi dan sosial yang menyeluruh secara terancang untuk mengurangi kebergantungan kerajaan pada minyak dan membuat perubahan dasar kepada peranan agama.

Sebelum pekeliling ini dikeluarkan, premis perniagaan di negara ini tidak dibenarkan beroperasi ketika masuknya waktu solat.

Pada tahun 2018, Putera Mahkota tersebut telah mengalami kejatuhan reputasi yang agak teruk apabila berlaku kejadian tak diingini, pembunuhan wartawan negara itu, Jamal Khashoggi di dalam konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki.

Untuk makluman, terbaru, negara ini turut membenarkan wanita tanpa mahram menunaikan fardu haji.

Sumber: Utusan, FMT