Misteri Sumpahan Sarah Fier Terbongkar Dalam ‘Fear Street Part 3 1666’ 3

Misteri Sumpahan Sarah Fier Terbongkar Dalam ‘Fear Street Part 3: 1666’

Misteri sumpahan Sarah Fier akan dibongkar dalam bahagian ketiga trilogi Fear Street.

Terbahagi kepada tiga bahagian, filem Fear Street merupakan trilogi filem misteri thriller remaja arahan Leigh Janiak dengan skrip yang ditulis bersama Phil Graziadei.

BACA: ‘Night Stalker: The Hunt for a Serial Killer’ Cerita Mengenai Mangsa Pembunuh Bersiri Ramirez

Diadaptasi dari siri buku dengan judul yang sama tulisan RL Stine, filem ini mengisahkan mengenai sekumpulan remaja di Shadyside yang diselubungi kejahatan kuno.

Berbeza dengan Sunnyvale yang dianggap sebagai bandar terkaya dan paling selamat, Shadyside diberi gelaran bandar sumpahan ahli sihir, Sarah Fier yang dihukum mati pada tahun 1666.

Episod pembunuhan kejam sentiasa berlaku di Shadyside berabad lamanya bermula dengan babak pembunuhan seorang pekerja kedai, Heather pada tahun 1994 dalam Fear Street Part One: 1994.

Tetapi pembunuh Heather, Ryan turut meninggal dunia dalam kejadian pembunuhan tersebut selepas ditembak seorang anggota polis, Syerif Nick Goode.

Misteri Sumpahan Sarah Fier Terbongkar Dalam ‘Fear Street Part 3 1666’ 1

Deena dari Shadyside tidak pernah percaya pada sumpahan Sarah Fier sehinggalah beliau dan rakan-rakannya diburu sekumpulan makhluk berpakaian tengkorak yang tidak boleh dibunuh.

Dalam Fear Street Part Two: 1978, penonton akan dibawa semula ke kisah satu-satunya individu yang terselamat dalam insiden serangan pembunuhan pada tahun 1978 iaitu Cindy Berman.

Misteri Sumpahan Sarah Fier Terbongkar Dalam ‘Fear Street Part 3 1666’ 2

Dalam bahagian kedua ini, penceritaan Cindy mengenai episod hitam yang berlaku semasa beliau dan rakan-rakannya menyertai satu kem di Camp Nightwing sebelum keadaan menjadi kucar kacir sehinggalah membongkar kepada lokasi penempatan kubur Sarah Fier.

Teka-teki bagaimana sumpahan Sarah Fier ini bermula akhirnya akan dirungkaikan dalam bahagian ketiga, Fear Street Part Three: 1666.

Dalam bahagian ini, penonton akan dibawa ke tahun 1666 dan perlahan-lahan misteri mula terbongkar dengan beberapa pendedahan yang agak mengejutkan.

Jika anda belum menonton trilogi filem yang membariskan pelakon Kiana Madeira, Ashley Zukerman, Gilian Jacobs ini, bolehlah tonton di Netflix sekarang.