
Kembara Hampir Ke Seluruh Pelosok Negara, Lelaki Ini Akhirnya Bertemu Semula Dengan Anaknya Yang Diculik Selepas 24 Tahun
Ini kisah bagaimana seorang lelaki bertemu semula dengan anak nya yang diculik selepas 24 tahun.
Kisah penculikan seorang kanak-kanak, Guo Xinzhen di kawasan timur China semasa usianya dua tahun pada 1997 akhirnya selesai apabila beliau bertemu semula dengan ibu bapa kandungnya selepas 24 tahun terpisah.
BACA: ‘Ayla: The Daughter of War’ Kisah Benar Penantian Seorang ‘Ayah’ Selepas Terpisah 60 Tahun
Isnin minggu lalu, Guo ditemukan pihak polis di kawasan kejiranan Henan.
Menurut keterangan ibu dan bapa Guo, anak merek diculik di kawasan berhampiran rumah mereka oleh seorang wanita yang tidak dikenali.

Walaupun bukti seperti darah, sampel DNA dapat dikumpulkan, namun kerana keadaan teknologi yang terbatas, kes penculikan itu tidak dapat diselesaikan.
Selama 24 tahun polis mencari, selama itu jugalah ibu dan bapa Guo tidak putus harapan mencari anak mereka.
Dengan menunggang motosikal berbekalkan sebuah bag penuh dengan risalah, figura lelaki ayah Guo melakukan pencarian di seluruh jalan China dengan jarak dianggarkan sejauh 500,000km, semata demi mencari anak nya yang diculik.
Pada motosikal itu jugalah gambar anaknya dipampangkan.
Semasa proses pencarian, 10 buah motosikal sudah rosak, wang simpanannya habis malah turut menanggung sejumlah besar bebanan hutang.
Pencarian keluarga Guo berakhir apabila pihak polis memberitahu mereka menemukan Guo menerusi pangkalan data dan rupa-rupanya lokasi keberadaan Guo adalah tidak jauh dari rumah keluarganya.
Dua orang wanita yang mengakui menculik Guo dan memperdagangkan Guo turut ditahan.
Kisah Guo yang mencari anak yang diculik menginspirasikan sebuah filem diterbitkan dengan menampilkan Andy Lau sebagai pelakon utama iaitu Lost and Love (2015).
Andy Lau secara peribadi turut meluahkan rasa tahniah kepada keluarga Guo kerana penantian mereka menanti anak yang diculik akhirnya berakhir dan kesemuanya bertemu semula biarpun selepas 24 tahun.
Kisah pencarian seorang ayah juga boleh anda tonton di filem Turki Ayla : The Daughter of War yang juga diadaptasi daripada kisah sebenar.
Sumber: CNN
Trending now



