page

‘Ayla: The Daughter of War’ Kisah Benar Penantian Seorang ‘Ayah’ Selepas Terpisah 60 Tahun

Filem Ayla : The Daughter of War’  adaptasi dari kisah benar.

Sejak beberapa minggu lalu, rakyat Malaysia semakin banyak berkongsi mengenai filem-filem menarik yang boleh ditonton dari Turki.

BACA: Filem Turki ‘Water & Fire’ Yang Trending Di Media Sosial

Yang terbaharu ialah filem Ayla : The Daughter of War (2017) arahan Can Ulkay.

Filem ini mengisahkan mengenai Turki yang menghantar briged ke Korea Selatan bagi menyambut seruan pertolongan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa Korea Utara menyerang Korea Selatan pada tahun 1950.

Sarjan Suleyman (lakonan Ismail Hacioglu), salah seorang tentera dalam briged yang dihantar bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaannya yang hampir mati beku.

Suleyman kemudiannya menamakannya sebagai Ayla (lakonan Kim Seol) kerana beliau ditemui di bawah cahaya bulan.

 

Pada awalnya tindakan Suleyman membawa pulang Ayla ke kem mereka dibantah, namun akhirnya dibenarkan selepas pihak atasan dipujuk.

Ayla 1

Maskipun terbatas dengan perbezaan bahasa, Ayla dan Suleyman tetap bersahabat baik. Suleyman menjaga Ayla dengan baik dan banyak mengajar Ayla kerana menganggap Ayla adalah cahaya di antara kegelapan perang yang belaku.

Sepanjang tinggal di kem, Suleyman sentiasa berusaha mencari keluarga jauh Ayla dan mengembalikannya. Sayang sekali, kesemuanya meninggal selepas perkampungan mereka dibedil.

Ayla

Selepas selesai menjalankan tugas di Korea Selatan, Suleyman diminta untuk pulang ke Turki semula.

Suleyman mahu pulang membawa Ayla, namun undang-undang tidak membenarkannya. Cubaan Suleyman untuk menyeludup Ayla juga tidak berjaya.

Walaupun tidak sampai hati, Ayla kemudiannya diserahkan semula ke rumah perlindungan dengan janji mereka akan bertemu di masa akan datang.

‘Ayla The Daughter of War’ Adaptasi Kisah Benar 2

Selepas tiba di Turki, Suleyman mahu mencari Ayla di Kedutaan Korea Selatan, tetapi pencariannya sukar kerana Ayla sudah bertukar nama.

60 tahun kemudian, biarpun sudah memiliki keluarga sendiri, Suleyman tetap mencari Ayla. Kata Suleyman,

“Bagaimana aku boleh memanggil diri aku ayah jika aku tak boleh menepati janjiku pada puteriku (Ayla).”

Untuk mengetahui sama ada kedua mereka dapat bertemu atau tidak, anda bolehlah tonton filem ini sendiri.

Yang pasti, kisahnya bakal membuatkan anda menangis sepanjang filem.

Untuk pengetahuan anda, filem Ayla ini diadaptasi daripada kisah benar.

Momen Ayla dan Suleyman di kem tentera pada tahun 1950

ay;a ve suleyman
.

‘Ayla The Daughter of War’ Adaptasi Kisah Benar 4

‘Ayla The Daughter of War’ Adaptasi Kisah Benar 5

Pertama kali Suleyman bertemu semula dengan Ayla pada tahun 2010

‘Ayla The Daughter of War’ Adaptasi Kisah Benar 7

Suleyman dan Ayla di tayangan perdana filem Ayla: The Daughter of War

‘Ayla The Daughter of War’ Adaptasi Kisah Benar 6