Kubur Di Tengah Jalan Raya

Satu-Satunya Kubur Di Tengah Jalan Raya

Kenderaan yang melalui di jalan itu terpaksa mengelilingi sebuah kubur yang berkedudukan di tengah-tengah jalan raya.

Keadaan itu terjadi disebabkan penduduk kampung di situ enggan mengalihkannya ke lokasi lain, menurut laporan The Sun.

Kubur tersebut dipercayai mengandungi mayat lelaki alim yang ditemui penduduk tempatan beberapa tahun lalu di Sivas, Turki.

Seorang penduduk di situ, Ahmet Hark berkata terdapat sebuah rumah di situ 40 tahun lalu namun ia kemudiannya dirobohkan.

Ia dijumpai oleh seorang wanita yang mendapat mimpi bahawa terdapat sebuah kubur di belakang rumahnya.

Menurut kepercayaan tradisional, adalah dilarang mengalih mayat orang alim ke tempat baharu maka kuburnya dibiar di situ.

Kubur Di Tengah Jalan Raya
Sumber: The Sun

Namun, beberapa tahun kemudian, rumah tersebut perlu dirobohkan untuk membina jalan raya. Diceritakan, sebelum meninggalkan rumah terbabit, pemilik sempat membuat tanda di kubur berkenaan.

BACA: Penemuan Batu Nisan Ini Jadi Heboh Gara-Gara Berbentuk Alat Sulit

Mereka membuat keputusan dibiarkan saja lokasi kubur itu dan diteruskan pembinaan jalan raya di situ.

“Menurut kepercayaan kami, tidak elok mengalihkan kubur orang alim dan ia patut kekal berada di lokasi asal dan oleh sebab itu, ia kekal berada di tengah-tengah jalan,” kata Ahmed.

Sejak beberapa tahun lalu, pelbagai kisah legenda menyelubungi kubur itu dan beberapa orang awam juga berdoa di sebelahnya walaupun identiti individu yang telah ditanam di situ tidak dapat dipastikan.

Menurut syariat Islam seperti yang dipetik di laman web rasmi mufti Wilayah Persekutuan, para ulama menyatakan hukum asal memindahkan kubur adalah tidak dibolehkan tanpa sebarang maslahah dan keperluan yang mendesak tetapi jika sekiranya terpaksa maka ia dibolehkan.

BACA: Ramai Puji Lihat Hasil Kerja Tangan Penggali Kubur Ini, Buatkan Rasa Insaf

Sumber: The Sun