Perang Masih Panjang, Pakar Virologi Jangka Kes Boleh Cecah 20 Ribu Sehari 1

Perang Masih Panjang, Pakar Virologi Jangka Kes Boleh Cecah 20,000 Sehari

Pakar virologi jangka kes boleh cecah 20 ribu sehari.

Hari ini 16 Julai 2021, Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian tertinggi sepanjang wabak pandemik melanda negara dengan jumlah 13,215membawa kepada keseluruhan kes di Malaysia adalah sebanyak 880,782.

BACA: Malaysia Masih Belum Menang, 5 Pusat Beli Belah Terkenal Dikesan Ada Kes COVID-19

Tahukah anda, negara bakal menyaksikan ke harian sekitar 20 ribusehari dalam tempoh dua minggu lagi selepas mengambil kira varian Delta yang memiliki kebolehjangkitan dengan kadar dua kali ganda lebih tinggi berbanding strain virus sebelum ini.

Perang Masih Panjang, Pakar Virologi Jangka Kes Boleh Cecah 20 Ribu Sehari 1
Sumber: Al Jazeera

Perkara ini didedahkan sendiri oleh pakar virologi Universiti Sains Malaysia (USM), Kumitaa Theva Das yang turut menjangkakan angka korban harian yang mencecah 200 orang susulan sistem kesihatan awam yang sedang dalam keadaan tertekan.

Walaupun tahap bahaya varian Delta tidak melebihi varian lain, namun rekod korban akan menjadi lebih tinggi susulan kemudahan rawatan dan penjagaan yang terhad sekarang.

“Varian baharu jarang menjadi semakin berbahaya kerana ia bergantung kepada manusia untuk terus hidup.

Tetapi varian berkenaan berevolusi untuk menjangkiti manusia pada kadar lebih cepat seperti yang kita lihat ketika ini.

Kita akan mula melihat jumlah kematian lebih tinggi kerana sistem kesihatan semakin ditekan.”

Suasana COVID-19 di Malaysia kini boleh diumpamakan sebagai ‘medan peperangan’, dan jika kes mencecah 20 ribu sehari ia lebih parah.

Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari pernah mengakui bahawa 80% kes COVID-19 berpunca daripada kluster kilang di Selangor biarpun ada pihak yang menafikannya.

Sekadar mengimbau memori, setahun yang lalu, Malaysia pernah mencapai tiga kali sifar kes penularan tempatan.

Sifar kes tempatan buat pertama kalinya dicatat pada 1 Julai 2020 dengan satu kes positif import, sifar kes tempatan kedua dicatatkan 8 Julai 2020 dengan tiga kes import dan pada 9 Julai 2020 dengan enam kes import merupakan kali ketiga ianya dicatatkan dan merupakan hari kedua sifar kes berturut.

Namun, kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah merupakan salah satu punca kes COVID-19 meningkat di Malaysia.

Malah kajian turut mengesahkan perkara ini. Baca lanjut DI SINI.

Sumber: FMT