Petugas PVV Diambil Tindakan Mesej

Petugas PPV Diambil Tindakan Selepas Tular Ramai Wanita Mengadu Terima Mesej Peribadi

Petugas PPV Diambil Tindakan Selepas Tular Ramai Wanita Mengadu Terima Mesej Peribadi.

Sebelum ini, tular mengenai isu penjawat awam yang menjalankan sekatan jalan raya mengambil nombor telefon orang awam terutama wanita dengan tujuan berkenalan.

Baru-baru ini, ramai wanita tampil mengadu mengatakan mereka menerima mesej peribadi daripada kakitangan yang bertugas di pusat pemberian vaksin (PPV).

BACA: Pemuda 20 Tahun Mengaku Menyamar 32 Kali Sebagai Doktor Di PPV Sarawak

Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai bagaimana maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit yang didaftarkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (Pick) telah disalahguna.

Berdasarkan perkongsian pengguna Twitter yang dikenali sebagai Idris, menggesa pihak JKJAV mengambil tindakan apabila adik perempuannya ‘diganggu’ mesej kenalan oleh salah seorang kakitangan PPV Pusat Dagangan Dunia (WTC) selepas menerima suntikan vaksin pada 13 Julai lalu.

“Tolong ambil tindakan tatatertib. Dia ambil kesempatan dengan ikut mereka, kemudian (akan) minta mereka periksa (telefon mereka) untuk semak tarikh dos vaksin kedua mereka dan dapatkan nombor telefon mereka,” katanya di Twitter.

Pengguna Twitter itu menjelaskan lelaki berkenaan telah mengambil gambar profil MySejahtera adiknya dan mengesyaki dia memperoleh nombor telefon bimbitnya melalui cara berkenaan.

Hantaran itu juga telah membuatkan ramai wanita tampil mengadu hal yang sama menerima mesej peribadi daripada petugas PPV berkenaan.

Petugas PVV Diambil Tindakan Mesej
Sumber: Twitter

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang berharap agar petugas PPV yang juga merupakan penjawat awam dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana menyalahgunakan maklumat peribadi seseorang.

Sementara itu, pihak Tentera Darat menerusi akaun Twitter rasmi telah tampil memberi respon terhadap perkongsian gadis ini. Jelasnya, pihak tentara akan mengambil maklum dan membuat siasatan lanjut mengenai perkara tersebut.

Manakala pihak JKJAV memberi maklum balas menyatakan tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas tersebut.

“CITF ingin memaklumkan bahawa tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas tersebut oleh agensi beliau, yang mempunyai dasar tiada tolak ansur dengan tingkah laku seperti yang telah dilaporkan,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini