Lakonan Hebat Amitabh Bachchan & Taapsee Pannu Dalam ‘Badla’ 1

Lakonan Hebat Amitabh Bachchan & Taapsee Pannu Dalam ‘Badla’

Badla, naskhah lakonan hebat Amitabh Bachchan dan Taapsee Pannu.

Pelakon Hindi wanita, Taapsee Pannu semakin dikenali ramai apabila filem terbaharunya,  Haseen Dillruba tetap menjadi salah satu filem daripada 10 buah filem yang trending di Netflix Malaysia biarpun sudah hampir dua minggu ditayangkan.

BACA: Apa Yang Menarik Dalam Filem Hindi ‘Haseen Dillruba’ Yang Trending Di Netflix?

Jika anda sudah mula meminati figura ini, salah satu filem lakonan beliau yang wajib anda tonton ialah Badla (2019) yang juga ada di platform penstriman dalam talian Netflix.

Yang menariknya, dalam Badla pelakon lejen, Amitabh Bachchan turut ada membuat penampilan sebagai pelakon utama.

Lakonan Hebat Amitabh Bachchan & Taapsee Pannu Dalam ‘Badla’ 3

Badla mengisahkan mengenai Naina Sethi, seorang ahli perniagaan muda yang berjaya di London.

Memiliki keluarga kecil yang bahagia, kehidupan Naina mula berubah apabila Naina ditangkap atas dakwaan membunuh kekasih rahsianya, Arjun.

Naina tetap mahu menegakkan bahawa beliau tidak bersalah. Jadi peguam Naina mengupah seorang peguam bela berprestij, Badal Gupta untuk membelanya.

Lakonan Hebat Amitabh Bachchan & Taapsee Pannu Dalam ‘Badla’ 2

Namun untuk membuktikan Naina tidak bersalah, Naina diminta untuk jujur dengan semua perkara.

Menurut Naina, dia dan Arjun diperas ugut seseorang yang mahu mendedahkan hubungan rahsia mereka.

Semasa menunggu ‘seseorang’, Naina dan Arjun diserang menyebabkan Arjun meninggal dunia, manakala beliau hanya cedera ringan.

Tetapi, Badal percaya bahawa ada sesuatu yang Naina cuba sembunyikan daripada pengetahuan semua orang termasuklah Badal sebagai orang yang akan membelanya.

Apa yang berlaku sebenarnya? Untuk ketahui, anda kenalah tonton sendiri filem ini di Netflix.

Sebelum itu, apa kata tonton dahulu trailer filem misteri thriller ini di pautan bawah:

Untuk pengetahuan anda, filem ini merupakan filem yang diremake daripada filem popular Sepanyol, The Invisible Guest (2016) lakonan hebat Mario Casas, Ana Wagener, Jose Coronado dan Barbara Lennie.