Deep Dive Dubai Kolam Terdalam Dunia

Lihat Keajaiban Deep Dive Dubai, Kolam Renang Terdalam Di Dunia

Bandar terbaik dengan menara tertinggi dunia, Dubai kini mempunyai kolam renang paling dalam di planet lengkap dengan ‘bandar tenggelam’ untuk diterokai oleh pelancong aktiviti lasak.

Kolam sedalam 60 meter yang dinamakan Deep Dive Dubai ini terletak di Nad El Sheba I, Dubai, Emiriah Arab Bersatu, sekali gus memintas pemegang rekod dunia sebelum ini iaitu Deepspot di Poland sedalam 45 meter.

Kolam renang itu diklasifikasikan sebagai terdalam di dunia oleh Guinness World Records pada 27 Jun lalu.

Dianggap satu daripada keajaiban dunia buatan manusia, berikut merupakan fakta menarik mengenai kolam renang terdalam yang telah dikunjungi golongan ternama seperti pelakon Hollywood, Will Smith dan Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed.

1. Deep Dive Dubai menampung 14 juta liter air bersamaan enam kolang renang saiz Olimpik dan empat kali lebih besar daripada kolam selam lain di dunia.

Deep Dive Dubai Kolam Terdalam Dunia

2. Suhu air kolam renang itu ditetapkan pada 30 darjah celcius bagi membolehkan penyelam mengenakan pakaian menyelam yang nipis atau persalinan renang biasa.

Deep Dive Dubai Kolam Terdalam Dunia

3. Dibina seperti bentuk tiram gergasi dengan memiliki keluasan 1,500 meter persegi – tiram digambarkan Dubai sebagai negara penyelam mutiara.

Deep Dive Dubai Kolam Terdalam Dunia

4. Bukan kolam renang menyelam biasa sebaliknya terdapat binaan apartmen ‘terbengkalai’ ala-ala Kota Atlantis di mana penyelam boleh menjelajahnya hingga ke dasar kolam.

Deep Dive Dubai Kolam Terdalam Dunia

5. Selain binaan apartmen, juga dilengkapi dengan perpustakaan, kereta, bilik tidur, studio, malahan penyelam juga boleh bermain bola sepak meja bawah laut.

Deep Dive Dubai Kolam Terdalam Dunia

6. Dilengkapi 56 kamera canggih dengan kemudahan rawatan kecemasan yang boleh merawat 12 orang dalam satu masa.

7. Kompleks ini juga berfungsi sebagai studio filem akuatik dengan fasiliti suntingan yang lengkap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Will Smith (@willsmith)

Deep Dive Dubai turut menawarkan kursus menyelam bagi yang tiada pengalaman dan boleh menyelam bersama pemandu selam yang disediakan.

Manakala penyelam profesional, mereka perlu mempunyai sijil menyelam yang diiktiraf oleh Professional Association of Diving Instructors (Padi). Bakal dibuka kepada awam, kanak-kanak berusia 10 tahun turut dibenarkan menyelam.

Sumber: CNN