‘Bella Degil, Suka Kacau Orang & Tak Dengar Kata’ – Kenyataan Pengasas Rumah Kebajikan Dibidas Sukarelawan 1

‘Bella Degil, Suka Kacau Orang & Tak Dengar Kata’ – Kenyataan Pengasas Rumah Kebajikan Dibidas Sukarelawan

Kenyataan pengasas rumah kebajikan dibidas sukarelawan.

Kes yang berlaku pada Bella nyata menimbulkan kemarahan orang ramai. Susulan mahukan keadilan ditegakkan buat Bella, masyarakat menerusi media sosial giat menjalankan kempen #justiceforBella.

Mahukan pelaku dikenakan hukuman setimpal, keadaan kecederaan Bella mampu membuatkan sesiapa yang melihatnya turut terasa sekali kesakitannya.

Kanak-Kanak Sindrom Down Didera Di Rumah Kebajikan Terkemuka
Sumber: Atiqah M

Kulit melecur teruk, ada yang hanya menanti gugur. Ditambah pula dengan bekas luka kecederaan lama, cukup menggambarkan penderitaan yang beliau alami.

Yang turut menambahkan kemarahan orang ramai apabila membaca kenyataan daripada pengasas rumah kebajikan tersebut dalam satu temu bual di salah satu artikel Astro Awani:

Tambah beliau, hasil temu bual bersama pengasas rumah kebajikan itu, didapati bahawa Adik Bella seorang yang degil dan tidak mendengar kata.

“Adik Bella ini dikatakan suka kacau orang lain dan JKM dimaklumkan kesan di tangannya adalah disebabkan tumpahan air panas. Apabila hampir sembuh, Adik Bella suka mengopek kuping luka itu.”

Memberi respon kepada kenyataan beliau, seorang sukarelawan rumah kebajikan tersebut yang mesra dipanggil Mummy menceritakan sebaliknya.

Menerusi hantaran Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh, Mummy meluahkan rasa geram beliau.

“Mummy geram sangat bila baca keratan akhbar tentang dakwaan adik Bella dikatakan degil, tidak mendengar kata dan suka mengacau adik yang lain”.

Nah, tonton sendiri video ni. Inikah anak syurga yang dikatakan degil itu? Macam inikan perangai suka mengacau orang dan tidak mendengar kata?

Bohong semua tu.

Kata mummy, sukarelawan yang sempat menjaga Bella lebih kurang 4 bulan, adik Bella sangat rajin.

Rajin lipat kain, rajin mengemas rumah. Dia akan ada satu botol air yang khas untuk dia minum. Adik Bella memang kuat minum air.

Sedih sangat mengenangkan adik Bella dipaksa makan cili tanpa diberi air. Sedangkan waktu biasa pun adik Bella kuat minum air.

Adik Bella ni sangat manja dan penyayang. Dia sangat sayangkan budak-budak. Sampaikan ada baby Down Syndrome umur 7 bulan masa tu kat Rumah Bonda, dia yang jaga. Jaga dengan penuh kasih sayang.

Anak Down Syndrome jaga baby Down Syndrome. Comel kan?

Adik Bella buatkan susu, tepuk-tepuk baby kasi tidur. Memang dia jaga dengan sangat elok dan sukakan anak kecil.

And one more thing, adik Bella suka make-up tau. Haaa, jangan tak percaya. Sukarelawan ada belikan adik Bella barang make up bila tahu adik Bella minat. Nanti dia suruh kakak-kakak penghuni make up kan.

Pastu suruh amik gambar. Comel kan?

Time solat dia sangat patuh. Maybe di RKK Seremban dah biasa rutin solat tu. Dia paling awal pakai telekung bila dengar azan.

Dakwaan dia aggresive, sukar di kawal, suka sakitkan diri, suka buat hal, itu sangat tak boleh di terima akal. Memang sesiapa yang kenal adik Bella, pernah duduk dan jaga dia akan nafikan dakwaan karut ini.

Kita yang kali pertama tengok video ni pun tahu perwatakan adik Bella macam mana kan?
Jahat. Jahat sungguh mereka yang cuba sorok kes sebenar dengan memutar belitkan fakta ni.”

Tonton video Bella DI SINI.

Untuk pengetahuan anda, kempen ini dimulai oleh Puan Mona Din di laman Facebook beliau.

Susulan daripada kejadian ini, terbongkar rupa-rupanya rumah kebajikan itu telah menjalankan operasi tanpa kebenaran dan tidak didaftarkan di bawah peruntukkan Akta Pusat Jagaan 1993.

Malah atas perintah mahkamah, rumah kebajikan tersebut juga dilucutkan hak pusat jagaan terhadap Bella.

Baca lanjut di: Kronologi Kes Anak Sindrom Down Yang Disyaki Didera Di Rumah Kebajikan Terkemuka