CAC Sesak Terburuk Dalam Sejarah

“Situasi Paling Buruk Dalam Sejarah CAC” – Beribu Yang Positif Bersesak Di Stadium Malawati

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

“Situasi Paling Buruk Dalam Sejarah CAC” – Beribu Yang Positif Bersesak Di Stadium Malawati.

Sedih dan membimbangkan, itulah keadaan yang boleh digambarkan apabila melihat ramai individu yang positif COVID-19 berpusu-pusu hingga terpaksa beratur panjang lebih 500 meter untuk melaporkan diri ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati.

Orang ramai mula menunggu di bawah khemah ketibaan sejaj CAC mula dibuka jam 9 pagi, menerusi tinjauan sumber.

Lebih menyayat hati, pelbagai pesakit daripada pelbagai peringkat umur dapat diperhatikan termasuk kanak-kanak yang tiba di CAC terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran sebelum masuk ke dalam ruang penilaian.

Semalam (12 Julai), keadaan sesak itu bertambah kecoh apabibila beberapa individu positif pengsan akibat sesak nafas sehingga mendapat perhatian di media sosial.

Melihat keadaan petugas kesihatan bertungkus lumus membawa pesakit pengsan itu membuatkan orang ramai marah dan bersimpati.

Difahamkan, mereka di sana terpaksa menunggu lebih 11 jam – 7.30 pagi sudah tiba di perkarangan stadium walaupun meja pendaftaran dibuka pada 9 pagi. Itupun, sudah dipenuhi orang ramai.

CAC Sesak Terburuk Dalam Sejarah

Kesesakan itu juga berikutan setiap pesakit perlu melalui lima peringkat sebelum bertemu dengan doktor yang melakukan penilaian tahap jangkitan COVID-19.

Pengurus Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) yang juga koordinator bagi kemudahan fasiliti diperlukan oleh CAC, Ahmad Sayuti Bashiron berkata, keadaan itu adalah yang paling buruk dalam sejarah CAC setakat ini.

Kebanyakan mereka yang hadir bersiap sedia dengan beg pakaian masing-masing di samping kelengkapan lain termasuk bantal dan baldi, seolah-olah mereka tahu akan ditempatkan di pusat kuarantin selepas ini.

Sementara itu, KKM menjangkakan jumlah kes harian baru Covid-19 di negara ini mula stabil sebelum menunjukkan penurunan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi.

Sumber: Sinar Harian