moratorium

Moratorium: Ambil Atau Tidak Bergantung Kepada Poket Masing-Masing

Kerajaan telah mengumumkan moratorium secara automatik selama 6 bulan tanpa syarat akan diberi kepada mereka yang layak di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Melalui pemberian moratorium secara automatik selama 6 bulan di bawah pakej PEMULIH ini, semua peminjam individu dari golongan B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro di seluruh negara dijangka bakal mendapat manfaat.

Walau bagaimanapun, pihak bank masih mengekalkan keuntungan terakru bagi bulan-bulan yang ditangguhkan pembayarannya. Ini menyebabkan segelintir pihak kurang senang dengan tindakan bank. Jadi, seorang pengguna Facebook, Fakhrul Hakim telah menerangkan sama ada patut atau tidak moratorium itu diambil.

Ramai yang tanya pasal moratorium. Perlu ambil ke tak?

Saya tak bercadang nak bagi kira-kira hari ni. Rasanya dah ramai yang bagi contoh kiraan sebelum ni.

Cuma ramai yang tak pasti nak ambil atau tidak.

Macam ni je lah. Kita cerita sini, habis sini.

Jangan tengok kiri dan kanan. Jangan tengok poket orang lain.

Tengok poket sendiri.

moratorium

Setiap bank ada pelbagai cara nak mohon moratorium. Ada yang boleh apply kat website je. Ada nak kena email. Ada yang nak kena call.

Cara nak mohon pun dah berlainan. Apa yang kita nak expect daripada polisi mereka? Memang akan berlainan.

Bank bukan badan kebajikan atau badan amal. Jadi, jangan terkejut jika mereka buat keuntungan lebih dengan bagi moratorium 6 bulan pada kita. Itu bisnes mereka.

Saya tulis macam ni, bukan kerana saya sokong. Tapi kita tak ada pilihan. Jika mereka memang betul nak bagi, mereka dah bagi awal. Tanpa perlu didesak.

Kena ingat satu perkara. Seringgit hari ini, lebih bernilai daripada seringgit esok. Sebab esok belum pasti. Ni cerita hari ni. Nak letak makanan atas meja hari ni.

Nanti bila keadaan dah reda, dah boleh keluar kerja, cari rezeki, pulun kerja untuk naikkan pendapatan. Boleh jumpa balik bank untuk restructure balik pinjaman.

Mungkin ada yang berhujah tak perlu ambil sebab bank buat untung lebih. Macam kita discuss tadi. Hujah mereka tak salah pun. Tapi barangkali mereka ni dah ada simpanan lebih 6 bulan. Income tak terjejas. Mampu bayar macam biasa.

Sedangkan ada orang yang duit simpanan dah habis licin. Income kosong. Pandemik ni bukan baru jadi semalam. Dah setahun lebih.

Kita sedang menempuh ombak besar dan ribut yang sama. Tapi dalam bot yang berbeza. Ada yang naik kapal. Ada naik bot. Ada naik rakit.

Sebab tu saya tulis point awal atas tadi, jangan tengok poket orang. Jika rasa terdesak, ambil saja dulu. Bagi lega untuk 6 bulan ni.

Sebab kita tak tahu PKPD, PPN, Lockdown atau apa saja nama ni sampai bila. Tengok kes semalam pun 7000 lebih. Celah mana nak turunnya tak tahu lah.

Sekali lagi, jika terdesak, ambil. Ni saja pilihan yang kita ada hari ini.

Ada apa tak clear, call dan bincang dengan banker. Mintak dia explain. Jangan marah-marah pada banker kalau ada apa tak setuju. Mereka bukan pembuat polisi. Banker hanya menjalankan kerja. Talk to them nicely.

Semoga kita tabah bertahan mengharungi semua ni.

Jika anda ingin tahu langkah-langkah untuk memohon moratorium secara automatik, boleh rujuk di sini.

Sekiranya anda mengambil fasiliti ini, pastikanlah ia diurus dengan baik.

Sumber: Fakhrul Hakim