2

Cara Unik Promosi Filem ‘The Tomorrow War’ Di Jepun Tarik Perhatian Netizen

Lihat bagaimana filem The Tomorrow War dipromosikan di Jepun.

Filem lakonan Chriss Pratt, Yvonne Strahovski, J.K Simmons, Betty Gilpin, Sam Richardson dan Edwin Hodge, The Tomorrow War mendapat perhatian meluas peminat di seluruh dunia.

BACA: Individu Di Sebalik Watak Raksaksa Protein Dalam ‘Sweet Home’

Sudah ditayangkan di platform penstriman dalam talian, filem dengan genre sains fiksyen ketenteraan ini memberikan fokus kepada perang kemanusiaan dalam menentang makhluk asing.

Cara Filem ‘The Tomorrow War’ Dipromosikan Di Jepun Tarik Perhatian Netizen 2
Sumber: Getty Image

“Dunia terkaku apabila sekelompok pelancong tiba dari tahun 2051 untuk menyampaikan satu pesanan. 30 tahun di masa akan datang, manusia akan kalah dalam perang global menentang spesis makhluk asing.

Harapan yang tinggal untuk terus hidup bagi tentera dan rakyat dari masa kini – bergerak ke masa hadapan untuk bersama-sama menentang mereka.

Dalam senarai yang dilantik itu, seorang ketua keluarga, Dan Forester (Chriss Pratt) turut tersenarai. Terdesak untuk menyelamatkan dunia yang akan diwarisi anak perempuannya, Dan setuju membentuk pasukan bersama seorang saintis genius dan ayahnya bagi menentang makhluk asing tersebut.”

Cara Filem ‘The Tomorrow War’ Dipromosikan Di Jepun Tarik Perhatian Netizen 1

Biarpun ada peminat yang meluahkan rasa kecewa kerana tiada jenaka yang dikeluarkan Chriss Pratt, lakonannya tetap mendapat pujian.

Namun yang paling unik adalah cara syarikat pengedar Jepun mempromosikan filem The Tomorrow War ini di sana.

Dalam satu rakaman video di YouTube, sebuah trak di Shinjuku, Tokyo menjadi perhatian ramai apabila membawa seekor raksaksa yang dipamerkan dari ‘kotak kaca’ di bahagian belakangnya.

Dalam keadaan terikat, struktur raksaksa dalam keadaan menunduk itu diikat dengan rantai besi itu kelihatan real terutamanya dengan pergerakan mulutnya yang dibuka dan ditutup.

Untuk menonton filem ini, anda bolehlah ke aplikasi Amazon Prime Video. Sebelum itu, tonton dahulu trailer rasmi filem The Tomorrow War di pautan bawah: