Dapat Ijazah Fizik Di Usia 11 Tahun, Kanak-Kanak Ini Rancang Untuk Jadikan Manusia Kekal Abadi 2

Rangkul Ijazah Fizik Di Usia 11 Tahun, Kanak-Kanak Ini Rancang Untuk Jadikan Manusia Kekal Abadi

Seorang kanak-kanak genius dalam bidang fizik kini sedang dalam perancangan untuk menjadikan manusia sebagai satu hidupan abadi.

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, Laurent Simons mengejutkan dunia apabila bukan sahaja berjaya merangkul ijazah sarjana di usia 11 tahun, tetapi juga berjaya menamatkan pengajian hanya dalam tempoh satu tahun sahaja berbanding tempoh tiga tahun yang diberikan.

BACA: Kanak-Kanak Ini Catat Rekod Dunia Pegang Ijazah Kejuruteraan Elektrik Pada Usia 9 Tahun

Lulus pengajian dengan gred 85% daripada Universiti Antwerp, Laurent mungkin boleh menyelesaikan pengajian pada usia lebih awal, namun pada tahun 2019 beliau berhenti daripada Universiti Eindhoven pada usia sembilan tahun selepas pegawai enggan membenarkan kelulusannya sehingga beliau genap berusia 10 tahun.

Dalam satu laporan mendedahkan Laurent tidak mengejar rekod sebaliknya tidak sabar mahu mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam hidup.

Teka-teki pertama yang mahu beliau selesaikan ialah bagaimana untuk menggantikan sebanyak mungkin bahagian badan dengan bahagian mekanikal.

Dapat Ijazah Fizik Di Usia 11 Tahun, Kanak-Kanak Ini Rancang Untuk Jadikan Manusia Kekal Abadi
Sumber: Boingboing.net

Sudah mengikuti beberapa program sarjana dan secara rasminya akan memulakan pengajian sarjananya selepas musim panas, Laurent mendedahkan tujuan utama beliau adalah untuk menjadikan manusia kekal abadi.

Sebelum ini, Laurent dilaporkan sudah memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik di University  of Technology, Eindhoven (TUE) pada usia sembilan tahun selepas berjaya melengkapkan pengajian dalam masa sembilan bulan.

Beliau yang sedang menyiapkan projek tahun akhirnya mengenai cip elektrik yang berkait dengan otak memiliki tahap kecerdasan minda (IQ) sebanyak 145. Sudah memulakan persekolahan pada usia empat tahun dan menamatkan sekolah menengah pada usia lapan tahun dalam tempoh 18 bulan, Laurent bercita-cita mahu menjadi seorang angkasawan atau pun pakar bedah jantung selepas ini.