page

Selepas 2 Dekad Menginap, Lelaki Terkejut Temui Bangunan Abad Ke-18 Yang Diperbuat Daripada Gigi & Tulang Di Rumahnya

Lebih dari dua dekad menginap di rumahnya, seorang lelaki terkejut apabila menemui sebuah bangunan abad ke-18 yang diperbuat daripada bahagian gigi.

John Bostockk berkata, bangunan tersebut ditemui di kebunnya yang tidak pernah ‘diusik’ beliau sepanjang menginap di sana.

6

Semasa bersiap untuk berpindah, John mengambil keputusan untuk membersihkan kebunnya dari rimbunan tumbuhan menjalar dan terkejut menemui tinggalan tersebut.

5

4

Selain daripada gigi, bangunan struktur bata berukuran 12 kaki itu juga dihiasi dengan cengekrang tiram, tulang yang mana dipercayai diambil daripada haiwan sepeti lembu dan kambing biri-biri.

Lelaki Terkejut Temui Bangunan Abad Ke-18 Yang Diperbuat Daripada Gigi Di Rumahnya 2

Biarpun struktur binaan kayu sudah lama hilang dari bangunan tersebut, namun struktur binaan bata itu kekal teguh sehingga ke hari ini.

Lelaki Terkejut Temui Bangunan Abad Ke-18 Yang Diperbuat Daripada Gigi Di Rumahnya 1

Lelaki Terkejut Temui Bangunan Abad Ke-18 Yang Diperbuat Daripada Gigi Di Rumahnya 3

Walaupun menerima beberapa tawaran yang agak lumayan untuk rumah tersebut, John tetap berpegang pada perjanjiannya dengan individu yang sudah beliau terima tawarannya sebelum struktur itu ditemui.

Buat masa sekarang, bangunan tersebut masih dalam kajian pihak pengkaji untuk mengetahui sejarahnya dan buat masa sekarang mereka berpendapat bangunan tersebut merupakan sebuah shell house.

Sebelum ini, pihak kami ada berkongsikan mengenai sebuah pulau baharu yang timbul selepas cuaca ribut.

Gempar di Indonesia apabila sebuah pulau kecil timbul di daerah Loaholu di Nusa Tenggara Timur pada 14 April lalu.

Ia berikutan cuaca ribut dan angin kencang yang dinamai Taufan Tropikal Seroja melanda sekitar rantau Nusantara termasuk kawasan terbabit.

“Terdapat daratan yang secara tiba-tiba muncul di tengah lautan. Kami akan lakukan kajian terhadap pulau ini,” kata Gabenor Nusa Tenggara Timur, Josef Nae Soi.

Menurut sumber, kejadian itu masih lagi dikaji oleh pihak berwajib tempatan, sama ada kemunculan pulau baharu itu disebabkan cuaca ribut atau tidak.

Kemunculan pulau baharu ini menjadi tanda tanya ramai pihak. Penduduk tempatan di sekitar situ mengambil peluang melawat pulau berpasir dengan keluasan diameter kira-kira 500 meter itu.

Baca lanjut di: Pulau Baharu Timbul Selepas Cuaca Ribut

Sumber: Metro UK
Sumber gambar: SWNS