
Apa Yang Menarik Dalam Filem Hindi ‘Haseen Dillruba’ Yang Trending Di Netflix?
Baru ditayangkan di Netflix 2 Julai lalu, filem Hindi Haseen Dillruba tetap menjadi salah satu filem yang trending di Netflix Malaysia.
BACA: Siapa 2 Wanita India Yang Sering Dijadikan ‘Meme’ Untuk Hiburan Rakyat Malaysia Ini?
Di media sosial, ramai yang memuji filem ini. Tapi apa yang menarik sebenarnya?
1. Plot
Menggaungkan elemen romantik, misteri dan thriller dalam satu naskhah, filem ini mengisahkan mengenai Rani Kashyap yang berkahwin dengan Rishu, seorang jurutera atas percaturan keluarga.
Namun, perkahwinan tersebut tidaklah seindah yang dipertontonkan.
Bermula dengan masalah di atas katil membawa kepada kecurangan Rani bersama sepupu Rishu, Neel.
Plot bertukar menjadi misteri apabila rumah mereka tiba-tiba meletup. Yang ditemui ‘selamat’ hanyalah sebelah tangan Rishu yang bertatukan nama ‘Rani’.
Pihak polis mengesyaki Rani membunuh Rshu kerana skandalnya dengan Neel sudah ketahuan, namun tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkan Rani dengan jenayah tersebut.
Apa yang jadi seterusnya? Anda kena tonton sendiri di Netflix.
2. Lakonan
Bakat lakonan Taapsee Pannu sebagai Rani dalam Haseen Dillruba tidak lagi boleh disangkal. Sudah beberapa filem dengan genre sama dilakonkan beliau, dan kesemuanya wajar mendapat pujian.
Begitu juga dengan watak Rishu lakonan Vikrant Massey. Daripada watak lelaki yang angau kepada isteri menjadi kepada suami yang pendendam dan pemaaf membuatkan penonton lebih menghayati penderitaan emosi beliau.
Dibantu dengan watak bad boy, Neel lakonan Harshvardhan Rane, ibu bapa Rishu, ibu dan ibu saudara Rani menyebabkan filem cukup menarik untuk ditonton.
3. Rating
Pengkritik filem mengkritik filem ini sebagai filem jenayah yang tidak logik dengan rating cuma 1/5. Kerana plotnya membuatkan penonton tidak mampu untuk mencapai rasa suka atau benci pada karakter yang ada di dalamnya.
Namun di media sosial Malaysia, ramai yang memberikan rating lapan hingga 10 bintang untuk filem ini.
Apa yang membuatkan filem ini mendapat pandangan yang berbeza? Anda kena tonton dan nilai sendiri.
Trending now



