China Haramkan Bangunan Pencakar Langit Lebih 500 Meter Dibina 2

China Mula Haramkan Pembinaan Bangunan Pencakar Langit Lebih 500 Meter

China sudah mula haramkan pembinaan bangunan pencakar langit di sana.

Negara-negara negara di dunia seakan semakin ghairah berlumba membina bangunan pencakar langit di negara masing-masing.

BACA: Di Sebalik Keghairahan Pembinaan Bangunan Pencakar Langit Dunia

Tidak dinafikan, bangunan pencakar langit boleh menjadi identiti yang melambangkan negara. Namun, tanpa sedar ia sebenarnya menjadi salah satu sebab terjadinya bencana alam seperti gempa bumi, kebakaran dan perubahan cuaca.

Terbaharu, kerajaan China akhirnya mengeluarkan arahan pengharaman ke atas usaha untuk membina bangunan melebihi 500 meter (1,640 kaki) pada tahun lalu.

Malah pihak berkuasa tempatan juga diminta untuk menghadkan pembinaan menara yang tingginya melebihi 250 meter.

Undang-undang baru ini dikuatkuasa bertujuan untuk memastikan aspek keselamatan dipentingkan dengan pengawalan pada kualiti projek pembangunan.

Menurut seorang perancang ekonomi, masalah kualiti dan bahaya dalam beberapa projek pembangunan adalah disebakan pemantauan yang longgar.

Piawaian pembangunan yang teruk menjadikan China menjadi perhatian sejak bertahun-tahun lepas.

Mengambil contoh yang terbaharu ialah sebuah menara setinggi 72 tingkat di Shenzhen yang ditutup selamanya bermula Mei lalu susulan ia bergegar tanpa sebab.

China Haramkan Bangunan Pencakar Langit Lebih 500 Meter Dibina 1
Sumber: Bloomberg

Pada ketika itu, dilaporkan seramai 15,000 orang berada di dalam bangunan setinggi 300 meter berkenaan.

Mengambil langkah berjaga-jaga, kesemua peniaga dan penyewa di menara berkenaan diarahkan untuk berpindah supaya pemeriksaan dapat dijalankan tanpa gangguan luaran.

Bangunan yang dibina pada tahun 2000 ini merupakan bangunan ke-18 tertinggi di Shenzhen bagi menempatkan pasar elektronik dan pejabat perniagaan yang terbesar di dunia.

Di dunia, hanya ada 10 buah bangunan pencakar langit yang melebihi ketinggian 500 meter, dan lima daripadanya berada di China:

  1. Burj Khalifa, Dubai – 828 meter
  2. Menara Shanghai  – 632 meter
  3. Menara Jam, Mekah – 601 meter
  4. Pusat Kewangan Antarabangsa Ping An, Shenzen – 599 meter
  5. Menara Lotte World – 554.5 meter
  6. Pusat Perdagangan Satu Dunia, New York – 541.3 meter
  7. Pusat Kewangan CTF, Guangzhaou – 530 meter
  8. Pusat Kewangan CTF Tianjin – 530 meter
  9. Menara CITIC, Beijing – 528 meter
  10. Menara Taipei, Taiwan – 508 meter