Rancangan TV Jepun Wanita Berlari

Masih Popular Sejak 15 Tahun, Rancangan TV Jepun Ini Hanya Fokus Wanita Berlari

Rancangan TV Jepun Ini Hanya Fokus Wanita Berlari.

Jepun adalah sebuah negara yang kebanyakan ideanya tidak dapat ditandingi oleh negara-negara lain. Negara maju ini juga sering mencuba melakukan perkara baharu meskipun ia kadang-kala tidak masuk akal.

Jepun juga mempunyai reputasi atas budayanya yang menarik dan trasidi yang unik. Buat pengunjung yang datang melancong ke Negara Matahari Terbit ini, ia seakan-akan memasuki dunia baharu yang kita tidak pernah alami sebelum ini.

BACA: Syarikat Di Jepun Beri Cuti Bergaji Kepada Pekerja Yang Sedih Kerana Idol Mereka Bersara

Reputasi unik itu turut berlaku dalam rancangan televisyen mereka tetapi mendapat ribuan tontonan sehingga mampu bertahan lebih sedekad.

Salah satunya, program yang paling aneh disiarkan di TV Asahi, ‘Zenryokuzaka’ atau ‘Full-Power Hill’ yang hanya memaparkan aksi wanita sedang berlari.

Ditayangkan sejak 15 tahun lalu, rancangan yang memaparkan watak seorang wanita berlaki mendaki lorong curam inilah paling bertahan lama di Jepun.

Setiap episod Zenryokuzaka ditayangkan tidak lebih daripada enam minit termasuk pembukaaan dan penutup serta hanya memfokuskan kepada watak protagonis yang sedang berlari.

Rancangan TV Jepun Wanita Berlari

Watak pula dilakonkan oleh selebriti muda, personaliti media atau penghibur yang dirakam di beberapa lokasi berbeza di Jepun.

Biarpun dengan lokasi dan watak berbeza bagi setiap episod, Zenryokuzaka tetap menampilkan suara pengacara, Mitsuru Fukikoshi yang menyebut ‘Ini juga merupakan bukit yang membuatkan anda mahu berlari’.

Apa yang begitu istimewanya rancangan ini hingga mampu meraih ribuan tontonan?

Agak pelik apabila sesebuah program TV itu hanya memfokuskan seseorang sedang berlari tetapi mungkin penonton sudah terbiasa kerana beberapa program lain ada juga memaparkan jelajah bandar.

Segelintir berasa teruja apabila menonton rancangan sebegini kerana itulah perkara yang dilakukan sejak kecil – berlari bebas di sepanjang jalan.

Rancangan TV Jepun Wanita Berlari

Yang pastinya, sebilangan peminat Zenryokuzaka akan menunggu hingga penghujung episod, ketika kamera berada jarak dekat dengan watak yang baru saja sampai di puncak bukit, tercungap kepenatan selepas berlari.

Baru-baru ini, penerbit program ingin menambah konsep dengan menampilkan watak lelaki pula selepas 15 tahun hanya memfokuskan wanita.

Sumber: SoraNews24