Indonesia Kritikal Mohon Bantuan Oksigen

Makin Kritikal, Indonesia Terpaksa Mohon Bantuan Bekalan Oksigen Dari Singapura

Makin Kritikal, Indonesia Terpaksa Mohon Bantuan Bekalan Oksigen Dari Singapura.

Indonesia kini berdepan lonjakan kes ketara dan terburuk di Asia Tenggara didorong penularan pesat varian Delta yang pertama kali dikesan di India.

Bergelut dengan gelombang COVID-19 yang kritikal, Indonesia kini terpaksa mendapatkan bekalan oksigen kecemasan dari Singapura dan meminta bantuan daripada beberapa negara lain termasuk China.

Sistem kesihatan negara ini juga boleh lumpuh pada bila-bila masa apabila semakin banyak hospital tidak dapat menampung keperluan pesakit COVID-19 apabila kekurangan katil dan bekalan oksigen.

Lebih puluhan hospital di Surabaya ketika ini penuh dan tidak mampu menampung kemasukan pesakit lagi.

Hospital di Jakarta ini mencapai 90 peratus kapasiti manakala puluhan hospital di Surabaya kini sudah penuh dan tidak lagi menerima pesakit.

Seorang jurucakap hospital di Surabaya menyifatkan keadaan ICU di sana dipenuhi pesakit manakala, banyak doktor keletihan dan ada yang turut dijangkiti COVID-19.

Indonesia Kritikal Mohon Bantuan Oksigen

“Ramai doktor keletihan dan kami terpaksa mendapatkan bantuan sukarelawan memandangkan banyak kakitangan hospital dijangkiti virus ini,” katanya yang enggan dikenali.

Direkodkan, hampir 1,000 kakitangan perubatan Indonesia maut akibat COVID-19 termasuk 12 orang yang sudah menerima vaksin.

Situasi yang sama seperti di India, keluarga yang terdesak mula mencari tangki oksigen untuk merawat ahli keluarga yang sakit di rumah.

Sementara itu, lonjakan kes juga menyebabkan jumlah tempahan keranda meningkat tiga kali ganda sehari.

Jika dahulu pembuat keranda menerima tempahan 10 keranda dalam satu hari, kini mencapai 30 tempahan setiap hari.

Menurut kerajaan Indonesia, kadar pengebumian harian mangsa coronavirus turut meningkat 10 kali ganda sejak Mei lalu.

Terdahulu, menteri Indonesia menasihatkan rakyatnya agar tidak menjadi seperti Malaysia dan India yang mana situasi ketika itu amat kritikal di dua negara ini.

BACA: ‘Duduk Rumah Jika Tidak Ingin Jadi Seperti Malaysia’ – Menteri Indonesia Nasihat Rakyatnya

Sumber: HM