60,000 Mohon Bantuan Ebit Lew

Tak Sampai 24 Jam Ebit Lew Terima 60,000 Permohonan Bantuan Bekalan Dapur

Tak Sampai 24 Jam Ebit Lew Terima 60,000 Permohonan Bantuan Bekalan Dapur.

Ketika ini, disebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan atau punca pendapatan, salah satu inisiatif yang diambil oleh rakyat adalah bantuan kejiranan dalam bentuk makanan dan sebagainya.

Umum mengetahui, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew baru sahaja pulang daripada menjalankan misi bantuan kemanusian di Gaza.

Sementara menjalani kuarantin selama 14 hari di Hotel Furama Kuala Lumpur, beliau sempat menguarkan bantuan untuk dihubungi kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Menerusi hantaran terkini Facebook Ebit Lew, seramai 60,000 rakyat Malaysia di seluruh negara membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan bekalan dapur dalam tempoh kurang 24 jam selepas permohonan dibuka.

Sebanyak 15 nombor telefon di 15 lokasi di seluruh negara menerima panggilan bertubi-tubi dan mesej WhatsApp dari pemohon.

60,000 Mohon Bantuan Ebit Lew
Sumber: Media KL

Bagaimanapun katanya, beliau meminta maaf kerana terpaksa pilih mengikut urutan dan mereka yang paling memerlukan.

“Kurang dari sehari jer buka bantuan di semua negeri. 15 nombor siapa perlu bantuan makanan ada 60,000 orang mohon bantuan seluruh Malaysia.

“Saya hari-hari doakan buat semua Allah buka jalan dan bantu. Allah pulihkan negara kita.

“Doakan juga buat saya ya. Saya ingin menjadi sebahagian kecil dari banyak usaha orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, UEL berkata, beliau menyediakan sebanyak 22 bank makanan di semua cadangan Elewsmart di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Buat mereka yang memerlukan dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, saya ada sediakan 22 Food Bank di semua cawangan Elewsmart.

“Jangan segan cuma maklumkan pada staf di Elewsmart . Setiap hari tanpa cuti. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tambahnya.

Menerusi hantaran yang berasingan, Ebit Lew turut berkongsi situasi kesihatan bapanya, Ibrahim Lew yang sedang dirawat di hospital sejak sebulan lalu.

Dalam perkongsian terbaharunya, Ebit yang sedang menjalani kuarantin selepas pulang daripada menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Gaza bergegas menziarahi bapanya yang tenat, siap dengan mengenakan sut kelengkapan pelindung diri (PPE).

Beliau memaklumkan bahawa bapa kesayangannya yang berusia 84 tahun itu disahkan menghidap kanser perut tahap empat.

“Doktor kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya.

“Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full PPE dan test covid negatif. Terima kasih KKM, ” tulisnya.