page

Netizen Kongsi Tip Untuk Cepat Dapat Tarikh Temu Janji Vaksin Di MySejahtera, Ini Respon KKM

Sudah berbulan-bulan mendaftar di MySejahtera, namun tiada lagi tarikh yang diberi untuk mendapatkan vaksin? Ini tip yang netizen kongsikan menerusi Pemburu Tiket Murah dan boleh untuk anda cuba untuk dapatkan tarikh temu janji vaksin di MySejahtera.

BACA: Masjid Tidak Sesuai Sebagai Pusat Pemberian Vaksin. Ini Ulasan Dr. Kamilin Jamilin

Ramai Dah Cuba & Berkesan, Netizen Kongsi Tip Untuk Cepat Dapat Tarikh Vaksin 1

Sumebr: Pemburu Tiket MurahLangkah tip dapatkan tarikh temu janji vaksin di MySejahtera:

1) Klik pada ‘Covid-19 Vaccination’
2) Pilih ‘Vaccine Information’
3) Pilih ‘Helpdesk’ kemudian tekan ‘Start’
4) Tatal ke ruang paling bawah sekali dan pilih ‘Other Queries?’
5) Kemudian pilih ‘Other Issues’
6) Di ruangan kosong, tuliskan sebab anda. Contohnya, sudah mendaftra sejak bulan berapa, dan masih belum mendapat tarikh temu janji sehingga ke tarikh hari ni.
7) Kemudian tekan ‘Submit’

Di ruangan komen hantaran tersebut, ada yang berkongsi tip ini memang berkesan.

Selepas mengikut seperti yang disarankan, empat jam kemudian, beliau mendapat tarikh temu janji yang pertama.

Ramai Dah Cuba & Berkesan, Netizen Kongsi Tip Untuk Cepat Dapat Tarikh Vaksin
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah

Namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu hantaran mengingatkan orang ramai supaya tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia akan menenggelamkan aduan sahih yang dihantar ke MySejahtera.

Sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata mana-mana pelajar yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara boleh mendaftar untuk vaksinasi awal menerusi ciri ‘Helpdesk’ yang disediakan di aplikasi MySejahtera.

Apa itu vaksin?

Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Apabila sebahagian besar masyarakat telah dilindungi dari jangkitan sesuatu penyakit cegahan vaksin, bakteria/virus penyebab penyakit tersebut sukar mencari seseorang yang boleh dijangkiti. Oleh itu, seluruh masyarakat akan terlindung dari jangkitan penyakit tersebut, ini dinamakan ‘imuniti kelompok’.

Imuniti kelompok hanya dicapai dengan liputan imunisasi yang tinggi. Ia berupaya melindungi mereka yang tiada perlindungan imunisasi dan berisiko daripada dijangkiti bakteria/virus tersebut. Maka, imunisasi bukan sahaja melindungi individu, tetapi turut melindungi seluruh keluarga, masyarakat dan negara. Sebagai ahli masyarakat, kita bertanggungjawab untuk melindungi mereka yang tidak sesuai menerima imunisasi seperti kanak-kanak yang menghidap barah (kanser) dan perlu menjalani rawatan kemoterapi; lantas mereka berisiko untuk mendapat jangkitan. Tanggungjawab kita untuk melindungi mereka.