55

‘The 8th Night’ Buat Penonton Tak Senang Duduk Dengan Paparan Babak Seram

Baru dua hari tayangan, filem thriller misteri, The 8th Night sudah pun berjaya menduduki senarai 10 filem yang trending di Netflix Malaysia.

‘The 8th Night’ Buat Penonton Diselubungi Misteri 1

Banyak mendapat respon positif, filem yang diarahkan oleh Kim Tae-hyung ini mengisahkan perjuangan pengusir syaitan dalam menghentikan kebangkitan dua makhluk misteri dari zaman dahulu yang menyiksa manusia.

BACA: ‘ROH’ (2020) Bukan Filem Seram Cliche

Dibintangi Lee Sung-min, Park Hae-joon, Kim Yoo-jung dan Nam Da-reum, plot filem fantasi dimulakan dengan pemahaman kepada penonton bahawa syaitan berusaha untuk menjahanamkan umat manusia.

4

Sumber kekuatannya terletak pada kedua matanya, iaitu sebelah mata berwarna merah dan sebelah lagi berwarna hitam.

Dalam satu usaha, Buddha berjaya memisahkan kedua-dua mata tersebut dan menguburkannya di dalam dua peti yang tersembunyi jauh di hujung dunia.

‘The 8th Night’ Buat Penonton Diselubungi Misteri 2

Berabad-abad kemudian, dalam satu projek penggalian, seorang ahli arkeologi menemui salah satu daripada peti tersebut. Di dalamnya ada si mata merah.

Akibat daripada satu ritual darah yang dilakukan beliau, keadaan mula berubah jadi kucar kacir. Si mata merah berusaha mencari sebelah lagi ‘pasangannya’ sebelum hari ke-8 tiba.

Untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya, anda bolehlah menonton perjalanan penuh misteri dan seram selama 115 minit ini di Netflix.

Sebelum itu, apa kata tonton dahulu trailer filem The 8th Night di pautan bawah:

Tahukah anda, di Netflix ada filem seram yang tidak cliche?

Sudah memasuki platform penstriman dalam talian, filem seram indie Malaysia, ROH (2020) mendapat tempat antara 10 yang trending di Netflix kerana plotnya yang tidak cliche.

Boleh tonton di Netflix sekarang.