Malaysia Tahap Terburuk Pemerdagangan Manusia

Didakwa Gagal Patuhi Piawaian, Malaysia Diletakkan Ke Tahap Terburuk Pemerdagangan Manusia

Malaysia Diletakkan Ke Tahap Terburuk Pemerdagangan Manusia.

Malaysia diturunkan ke tahap terburuk disebabkan tidak memenuhi piawaian minimum untuk menghapuskan kegiatan itu dan tiada usaha signifikan melakukannya, menurut laporan tahunan berkaitan pemerdagangan manusia dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

Malaysia sebelum ini di Tahap 2 pada laporan tahun lalu, didakwa gagal memperbaikinya meskipun mempertimbangkan kesan pandemik COVID-19 terhadap keupayaan anti-pemerdagangan manusia.

Penurunan itu berikutan aduan oleh kumpulan hak asasi dan pihak berkuasa AS berhubung dakwaan penganiayaan pekerja asing di ladang dan kilang.

Malaysia akan jatuh ke Tahap 3, selepas tiga tahun berada di Tahap 2 dalam Laporan Pemerdagangan Manusia tahun ini yang mungkin akan mempengaruhi akses Malaysia untuk menerima beberapa bantuan AS.

Laporan menyatakan Malaysia menempatkan kira-kira dua juta pekerja asing berdokumen, manakala jumlah pendatang asing tanpa dokumen dikatakan jauh lebih tinggi.

Dijanjikan Harapan, Pelarian Rohingya Mahu Masuk Malaysia Untuk Kehidupan Lebih Baik 1

Malah, Malaysia mempunyai lebih dari 170,000 pelarian berdaftar dan pencari suaka, kebanyakan mereka adalah Rohingya dari Myanmar.

BACA: Dijanjikan Harapan, Pelarian Rohingya Mahu Masuk Malaysia Untuk Kehidupan Lebih Baik

Tahun lalu, AS telah mengenakan larangan import ke atas tiga syarikat Malaysia, Top Glove Corp Bhd, Sime Darby Plantation dan FGV Holdings atas dakwaan menggunakan khidmat buruh paksa.

BACA: Malaysia Nafi Syarikat Top Glove Guna Buruh Paksa Seperti Yang Didakwa AS

Pada April, Top Glove yang juga pembuat sarung tangan getah terkemuka berkata, mereka sudah memperbaiki lima petunjuk buruh paksa sementara menunggu pengesahan oleh firma perunding perdagangan beretika yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Impactt.

BACA: Dunia Bergantung Pada Sarung Tangan Getah Malaysia Melawan COVID-19 – Kedutaan AS

Setakat ini, Kementerian Dalam Negeri belum memberi ulasan mengenai laporan tersebut.

Sumber: Reuters