‘Don’t Breathe 2’ Kembali Dengan Plot Yang Lebih Cemas & Mendebarkan 2

‘Don’t Breathe 2’ Kembali Dengan Lakonan Stephan Lang Yang Lebih Cemas & Mendebarkan

Tonton trailer filem Don’t Breathe 2.

Filem Don’t Breathe (2016) disebut sebagai filem seram terbaik Amerika dalam tempoh 20 tahun.

Filem seram thriller ini merupakan filem arahan Fede Alvarez bersama Sam Raimi dan Robert Tapert, serta ditulis bersama Alvarez dan Rodo Sayagues.

Semalam (30 Jun 2021), Sony Pictures telah mengeluarkan filem kedua Don’t Breathe 2 lakonan hebat Stephan Lang.

BACA: Beberapa Kali Ramalannya Tepat, Siapa Sebenarnya Baba Vanga Yang Jadi Sebutan Dunia?

Dalam filem kedua ini, Stephan masih membawa watak Norman Nordstrom yang buta kedua belah matanya.

Seringkali diremehkan semua orang kerana kekurangannya, Norman sebenarnya seorang lelaki yang sangat mengerikan dan sentiasa tenang hadapi apa jua keadaan untuk memiliki apa yang beliau kehendaki.

Dalam sisi perwatakan yang lain, Norman tidak peduli sama ada orang atau pun apa-apa perkara yang menghalangnya akan dihapuskan.

Plot lapan tahun kemudian, Norman tinggal bersama seorang kanak-kanak perempuan, Pheonix berusia 11 tahun.

‘Don’t Breathe 2’ Kembali Dengan Plot Yang Lebih Cemas & Mendebarkan 1

Di saat beliau mula ‘mendapatkan semula’ kebahagian berkeluarga selepas kematian keluarganya dahulu, sekali lagi rumahnya diceroboh.

Fokus filem ke-2 ini lebih kepada episod menyelamatkan Pheonix daripada menjadi mangsa penceroboh tadi. Dan sekali lagi, penonton didedahakan dengan sisi gelap Norman dalam misi menyelamatkan keluarganya.

Bakal ditayangkan di 13 Ogos 2021 di Amerika Syarikat, berikut merupakan trailer filem Don’t Breathe 2: