Hotel Istana Tutup Operasi September

Pernah Diguna Sebagai Pusat Kuarantin, Hotel Istana Umum Henti Operasi September Ini

Hotel Istana Umum Henti Operasi September Ini

Memasuki pertengahan tahun kedua kita masih terpaksa hadapi dugaan yang luar dari kebiasaan demi kelangsungan hidup.

Di sepanjang tempoh sukar ini, kita dapat lihat mereka yang menjalankan perniagaan sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kelangsungan perniagaan.

Sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, satu persatu hotel di Malaysia ‘tumpas’ kerana tidak mampu untuk bertahan lagi termasuklah yang terkini Hotel Istana Kuala Lumpur.

Berdasarkan sepucuk surat bertarikh 30 Jun 2021 yang ditandatangani pengurus besar hotel Noorazzudin Omar, pihak pengurusan tiada pilihan selain menutup operasi hotel pada September ini.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa pihak pengurusan Hotel Istana akan menawarkan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada para pekerja.

Hotel Istana Tutup Operasi September

“Kami sudah capai keputusan selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada.

“Dengan rasa dukacita kami ingin memaklumkan keputusan untuk menutup operasi kami dijangka pada 1 September 2021.”

Jelasnya, walaupun hotel itu digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak COVID-19, mereka masih menanggung kerugian dalam operasi bulanannya.

“Di sini juga, kami inginkan memaklumkan, pihak hotel akan menawarkan kepada pekerja-pekerja skim VSS.

“Pihak sumber manusia akan menghubungi anda dalam masa terdekat,” katanya.

Hotel mewah 23 tingkat itu merupakan antara tempat terkenal di Kuala Lumpur. Pembinaannya selesai pada tahun 1992 dan menjalani beberapa naik taraf sejak itu.

Hotel yang berusia 29 tahun itu dimiliki Tradewinds Corp Berhad, salah satu pengendali hotel terbesar di sini.

Selain hotel, restoren terkenal juga menghadapi keadaan sukar sehingga terpaksa menutup operasi akibat pandemik.

BACA: Tak Sempat Sambut Ulang Tahun Ke-100, Coliseum Cafe Kuala Lumpur Tutup Operasi Selamanya

BACA: Tanggung Hutang RM37.22 Juta, Papparich Diarah Tutup

Sumber: NST