Filem Turki ‘Water & Fire’ Yang Trending Di Media Sosial 3

Filem Turki ‘Water & Fire’ Yang Trending Di Media Sosial

Beberapa hari ini, filem Turki, Su ve Ates (2013) atau Water and Fire menjadi trending di sosial media.

BACA: ‘Layla Majnun’ Filem Penuh Emosi & Air Mata

Diarahkan Ozcan Deniz, skrip filem ditulis sendiri beliau bersama Avni Tuna Dilligil ini juga dibintangi oleh pengarahnya, Ozcan Deniz, Yasemin Allen, Kaan Cakir, Pelin Akil dan ramai lagi.

Filem Turki ‘Water & Fire’ Yang Trending Di Media Sosial 1

Dengan genre pencintaan dan drama, filem mengisahkan mengenai Hasmet, seorang ketua kongsi gelap melarikan diri ke London untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Di dalam kapal terbang, Hasmet yang bertemu dengan Yagmur, seorang wanita muda yang naif.

Disebabkan masalah teknikal, daripada kelas ekonomi, Yagmur dipindahkan sementara ke kelas pertama, bersebelahan Hasmet.

Semasa kapal terbang terlanggar awan, Yagmur tanpa sengaja telah memegang (mencengkam) tangan Hasmet sehingga terluka.

Baru sahaja mahu memulakan perbualan dengan Yagmur, krew kabin memberitahu Yagmur tempat duduknya sudah tersedia.

Hasmet yang tercedera (sebelum menaiki kapal terbang) telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan di sana beliau sekali lagi bertemu dengan Yagmur.

Filem Turki ‘Water & Fire’ Yang Trending Di Media Sosial 2

Mahu mengelakkan identitinya diketahui, Hasmet menggunakan nama Kamal sepanjang berkenalan Yagmur dan jatuh cinta.

Namun satu hari, disebabkan masalah keluarga Hasmet dikehendaki pulang. Sedangkan pada hakikatnya keluarga Hasmet sedang mengaturkan perkahwinan Hasmet bersama seorang gadis lain.

Dalam masa yang sama, Yagmur disahkan mengandung dan dipaksa untuk digugurkan kandungannya oleh adik dan abang ipar Hasmet.

Untuk ketahui apakah nasib keduanya, anda bolehlah tonton filem ini.

Sebelum itu, apa kata tonton dahulu trailer filem Turki, Water and Fire di pautan bawah:

Tahukah anda, filem sedih sepanjang zaman Miracle in Cell No. 7 turut ada dalam versi Turki?

Baca lanjut: ‘Miracle In Cell No.7’ Tanpa Gagal Buat Penonton Menangis