Permainan Alchemy Stars Bahasa

Lebih Dua Juta Muat Turun Selepas Dilancarkan, Permainan Alchemy Stars Bakal Tambah Lagi Dua Bahasa

Selepas dua minggua dilancarkan secara global, permainan mudah alih RPG fantasi Alchemy Stars telah mencapai lebih dua juta muat turun global dan lima juta pendaftaran.

BACA: Alchemy Stars, Permainan Mudah Alih RPG Fantasi Yang Penuh Futuristik

Sebelum ini, Alchemy Stars tersedia dalam bahasa Inggeris, Jepun, dan Korea. Menerusi pengumuman terbaharu daripada pihak pembangun, permainan ini bakal disediakan dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Thailand sebagai meningkatkan jumlah pemain.

Keunikan yang berbeza pada setiap watak

Permainan Alchemy Stars Bahasa

Setiap watak dalam Alchemy Stars mempunyai kemahiran tersendiri yang terdiri daripada Detonator, Sniper, Converter dan Support. Pemain boleh menentukan komposisi pasukan mengikut kekreatifan sendiri berdasarkan peranan dan keistimewaan watak tersebut.

Sebagai contoh, Detonator membolehkan pemain mengeluarkan serangan dalam skala yang besar manakala Sniper pula hadir dengan keistimewaan untuk membuat serangan dalam jarak yang jauh. Converter merupakan unit yang mampu mengubah warna jubin dan Support pula bertindak sebagai individu yang mampu menyembuhkan ahli pasukan yang lain.

Untuk menghasilkan sebuah pasukan yang hebat, pasukan tersebut haruslah memfokuskan kepada pasukan warna tunggal kerana pasukan dengan warna tunggal mampu menawarkan damage yang tinggi di mana kesemua ahli pasukan akan menyerang secara serentak.

Permainan Alchemy Stars Bahasa

Selain itu, pasukan dengan dwi-warna antara yang boleh dicuba di mana serangan yang ditawarkan hadir dengan elemen berbeza tetapi tidak disyorkan gabungan pelbagai elemen dalam sebuah pasukan kerana ia tidak mampu menawarkan serangan besar-besaran secara serentak.

Pemain boleh terokai dengan lebih mendalam mengenai strategi permainan Alchemy Stars ini yang dilengkapi dengan 80 watak berbeza daripada enam jenis puak.

Bagi yang meminati corak lukisan anime dan suara watak jepun, Alchemy Stars memberikan anda pengalaman permainan yang sangat menepati citarasa. Boleh muat turun di Apple AppStore dan Google PlayStore.