Apa Yang Penonton Boleh Belajar Daripada Watak Dr Song-hwa Dalam ‘Hospital Playlist’

Apa Yang Penonton Boleh Belajar Daripada Watak Seong-hwa Dalam ‘Hospital Playlist’

Apa yang penonton boleh belajar daripada watak Doktor Chae Seong-hwa dalam Hospital Playlist?

Mendapat sambutan yang positif daripada penonton, musim pertama drama perubatan Hospital Playlist yang tamat tayangan pada pertengahan tahun lalu kini sudah pun disambung ke musim kedua bermula 17 Jun lalu.

BACA: 5 K-Drama Paling Ditunggu Untuk Tahun 2021

Mengisahkan mengenai lima orang doktor dalam usian 40-an yang sudah berkawan baik sejak dari kolej perubatan pada tahun 1999.

Apa Yang Penonton Boleh Belajar Daripada Watak Dr Song-hwa Dalam ‘Hospital Playlist’ 3

Dibintangi Jo Jung-suk, Yoo Yeon-seok, Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung dan Jeon Mi-do, watak Doktor Chae Seong-hwa lakonan Jeon Mi-Do sering menjadi tumpuan kerana beliau merupakan satu-satunya wanita dalam kumpulan tersebut.

Biarpun begitu, watak Seong-hwa tidak tenggelam, malah menyinar dengan baik dengan sokongan daripada empat watak lain (selain daripada susunan skrip yang bagus).

Apa Yang Penonton Boleh Belajar Daripada Watak Dr Song-hwa Dalam ‘Hospital Playlist’ 2

Ini yang boleh penonton belajar daripada watak Song-hwa dalam drama Hospital Playlist.

Sayang diri sendiri (self love)

Terkenal dengan sifat tenang dan ceria biarpun sibuk dengan jadual kerjanya, Seong-hwa tetap mampu bangun pagi dengan ceria.

Dalam setiap episod, penonton disajikan dengan beberapa babak bagaimana Seong-hwa mengisi masa lapangnya – berkhemah sendirian dan menjadi ahli aktif di gereja.

Bagaimana beliau mampu?

Jawapannya ialah kerana karakter Seong-hwa yang menyayangi dirinya sendiri.

Melakukan apa yang disukainya biarpun masa yang ada sangat terhad, Song-hwa menunjukkan biarpun sibuk dengan kerjayanya, namun adalah penting untuk seseorang itu seimbangkan antara kehidupan peribadi dan karier.

Memberi hadiah kepada diri sendiri tidak salah, seperti beliau bahagia dengan keputusan membeli dapur kayu yang boleh digunakan semasa berkhemah.

Banyak menghabiskan masa dengan diri sendiri, Seong-hwa dalam Hospital Playlist mengajar penonton masa untuk bersendiri itu penting untuk kita mengenal lebih dalam siapa kita yang sebenarnya.

Bak kata Seong-hwa, “kebahagiaan itu datang daripada diri sendiri.”

Selain daripada Hospital Playlist, ada beberapa lagi drama yang menjadi tumpuan para peminat K-Drama, antaranya Voice 4. 

Adalah sesuatu yang rare untuk drama Korea disambung ke musim kedua. Namun dengan kejayaan siri drama Voice yang sudah masuk musim ke-4, ini bermakna memang ada sesuatu yang menjadikan ianya tak rugi untuk ditonton.

Masih membawa konsep yang sama seperti musim sebelumnya, Voice mengisahkan mengenai kakitangan yang bekerja di pusat talian kecemasan 12 yang mana di sana adanya kumpulan ‘Golden Time’ yang bekerja untuk menyelamatkan mangsa dalam tempoh masa tertentu sebelum mangsa mungkin dibunuh.