pelan pemulihan negara

Lelaki Ini Kongsikan Pelan Pemulihan Negara Yang Relevan

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Pertama diteruskan akibat negara gagal mengawal kes penyebaran virus COVID-19 di ambang 4,000 kes sehari. Di samping itu, beliau juga memberi bayangan bahawa kerajaan bakal menyediakan pelan bantuan baharu sebagai pelan pemulihan negara bagi memberi keringanan kepada kesusahan yang sedang dialami rakyat.

Dalam masa yang sama, ramai rakyat meluahkan pendapat yang mungkin elok didengar tentang pelan pemulihan negara oleh pihak kerajaan. Antara pendapat yang dirasakan boleh dibawa ke hadapan adalah daripada seorang pengguna Facebook bernama, Izzuddin Yusof.

Jom baca perkongsian beliau tentang pelan pemulihan negara di bawah.

Let’s talk about policy. What can the Government do?

Ada yang kritik aku punya penulisan ringkas berkaitan cadangan untuk kerajaan buat hutang lebih banyak.

Jadi mari kita tengok ye apa pilihan yang kerajaan ada sebenarnya.

pelan pemulihan negara

Ada 4 plan yang kerajaan boleh ‘pertimbangkan’

PLAN 1: Tak perlu lockdown. Hidup je macam biasa.

Eventually kita akan sampai jugak kepada level herd immunity bila semua orang dah dapat Covid-19 dan naturally immune dengan Covid-19 ni.

UK dulu memang plan dia macam ni. Untuk ignore je Covid-19 ni dan biarkan sampai herd immunity. Yang positif pun suruh kuarantin kat rumah je sampai diorang tak ada pun data berapa orang sembuh daripada Covid-19.

Tapi kesannya teruk la. Kematian pernah mencecah lebih seribu orang sehari. Akhirnya diorang mengalah dan buat jugak lockdown.

UK percentage orang dah mati disebabkan Covid-19 dalam 0.2% daripada total population diorang.

So kalau convert untuk Malaysia, dalam 61,000+ orang yang mati. Berbanding sekarang 4,000+. Yup. Teruk.

Itupun tak habis lagi. Sejak UK stop lockdown hari tu walau dah 50% vaksin, kes melompat balik ke 17,000+. Aku dah agak awal dah, diorang punya berhenti lockdown tu sampai dah tak perlu pakai mask, sedangkan kes masih 2,000+ sehari.

Jadi kita tau dari kes UK yang nak capai herd immunity naturally sangat susah. Dan dah 50% vaccinated pun kes masih boleh naik tinggi.

Jadi bagi aku, PLAN 1 ni adalah tak munasabah dan dah terbukti gagal.

PLAN 2: Buat full lockdown macam PKP 1 dulu. Tanpa bantuan ekonomi

Memang setakat ni negara yang berjaya bendung kes Covid-19 sepenuhnya adalah negara yang buat lockdown sampai kes tinggal single digit. Atau dah takde langsung kes.

Jadi kita buat lockdown, tapi kerajaan dah takde duit. Jadi kita buat lockdown tanpa bantuan daripada kerajaan.
Hasil kerajaan dah jatuh daripada RM264 billion pada tahun 2019, kepada RM227 billion pada tahun 2020.

Kurang RM37 billion tau. Itupun dah campur special dividend daripada Petronas.

Untuk 2021? It will be worse. Obviously. Sebab cukai yang dibayar tahun ni adalah daripada hasil income tax untuk aktiviti ekonomi tahun lepas. Dan berapa banyak individu yang takde gaji, dan syarikat yang kurang income tahun lepas?

Banyak. Sangat banyak. Jadi without a doubt income kerajaan tahun ni akan kurang banyak. Yang nombor forecast dalam table MOF tu mengarut je tu. Tak logik langsung 😅. Macam mana income tax individu boleh naik banyak pulak.

Hutang kerajaan? Setakat hujung tahun 2020, dah jadi 62.2%! Sedangkan masa hujung 2019 hanya 52.5%.

Tapi kenaikan tu partly disebabkan kejatuhan nilai GDP nominal. Kalau GDP 2020 sama macam 2019, maka paras hutang tu adalah pada takat 58.2%.

Maksudnya?

Maksudnya kerajaan dah takde duit untuk bagi bantuan kewangan.

Jadi macam mana kalau kerajaan buat full lockdown tanpa bantuan kewangan?

Emmmm bayangkan jelah kalau semua orang takde Income langsung untuk lagi 3 bulan.

Tapi sewa kena bayar. Bank kena bayar. Bil api air kena bayar.

Korang okay ke?

Kalau okay maka perjuangkan lah.

Tapi biasanya yang akan perjuangkan idea ni adalah orang yang kerja dia secured, kewangan tak affected. Kerja kerajaanlah biasanya.

Untuk kebanyakan orang, 3 bulan tu boleh jadikan saving terus habis. Memang takde duit nak bagi makan anak-anak. Business terus lingkup, sekaligus mematikan future income dan merosakkan lagi ekonomi in long term.

So…. Yea. PLAN 2 ni pun not a very good plan jugak.

PLAN 3: Kita buat separuh-separuh. Tak full lockdown. Tapi tak stop ekonomi sepenuhnya. Kita fokus vaksin, nanti semua orang dah immune, bukak balik ekonomi.

Haa inilah pilihan kerajaan sekarang. Dah tak tau sangat kan nak pilih antara PLAN 1 dan PLAN 2. Diorang ambik jalan tengah.

Bila ambik jalan tengah, maka hasilnya pun tengah-tengah la. Covid-19 tak turun mana. Tapi orang pun takdelah sakit sangat kewangan sampai mati. Tapi masih ramai yang sakit.

Cuma persoalannya sampai bila? Covid-19 tak turun gak. Jadi masalah utama tak selesai pun.

Walaupun orang punya kewangan tak sesakit macam PLAN 2, tapi masih ada had masa. Kalau drag lama sangat, hasilnya Covid-19 tak hilang. Tapi orang dan ekonomi masih sakit macam PLAN 2.

Jadi yup. Kita dah nampak PLAN 3 ni akan gagal.

PLAN 4: Buat full lockdown macam PKP 1 dulu. Dengan bantuan ekonomi.

pelan pemulihan negara

Eh tadi cakap tak ada duit. Mana nak dapat duit untuk bantuan ekonomi?

Of course dengan buat hutang.

Siapa nak bagi hutang?

Daripada bond market, obviously. Bond market tu apa korang Google la sendiri. Malas nak explain haha.

Tapi tak cukup dengan bantuan ekonomi, ada beberapa benda lain lagi perlu dibuat seperti:

1) yang sewa rumah / kedai tak perlu bayar sewa rumah / kedai
2) bank bagi moratorium untuk semua jenis hutang sepanjang lockdown

Lepas tu bagi bantuan kewangan RM500 untuk setiap individu. Individu tau bukan isi rumah. Jadi yang anak ramai akan dapat lebih. Yang single akan dapat RM500 je. Ada baby pun bagi RM500 untuk isi rumah tu.

Berapa kos kepada kerajaan kalau buat macam tu?

Dalam RM16 billion sebulan. Kalau dua bulan jadilah RM32 billion.

Yes nampak banyak. Nilai RM16 billion tu roughly 1.1% daripada GDP. Jadi kalau 2 bulan maka jadi 2.2%.

Tapi realitinya kalau ekonomi affected lebih lama disebabkan kelembapan ekonomi sebab ramai hilang kerja, business tutup disebabkan Covid-19. Kita punya losses tu lebih kurang jugak. Malahan boleh jadi jauh lagi besar in the long term.

Jadi… Antara income kerajaan terus berkurangan dengan banyak in long term, sebab ekonomi tak boleh pulih sepenuhnya. Masa 2020 je dah RM37 billion kita hilang. 2021 entah berapa. Hasilnya akan terpaksa buat hutang gak nanti.

Berbanding dengan kerajaan tanggung extra RM16-32 billion untuk 1-2 bulan sekarang. Dan lepas tu ekonomi boleh pulih sepenuhnya. Lepas tu kerajaan memang being very strict daripada ada sebarang risiko yang boleh jadikan Covid-19 masuk dari luar negara dalam bentuk apa pun.

Mana better?

Well. Honestly, aku rasa far better kita buat PLAN 4.

Kos kewangan kepada kerajaan in total mungkin jadi lebih kurang. Tapi at least PLAN 4 boleh jadikan Covid-19 terus takde di Malaysia ni.

Wallahualam.

Feel free to express your opinion.

Bagaimana pula dengan anda? Anda punyai pandangan tentang pelan pemulihan negara yang menarik? Jom kongsikan kepada kami.

Kepada anda yang telah menerima vaksin dan sedang mengalami kesan selepas suntikan, boleh rujuk sini untuk mengenali rawatan yang bersesuaian bagi menangani masalah yang anda hadapi.

Sumber: Izzuddin Yusof