pusat pemberian vaksin

Masjid Tidak Sesuai Sebagai Pusat Pemberian Vaksin. Ini Ulasan Dr. Kamilin Jamilin

Semakin hari, semakin banyak pusat pemberian vaksin disediakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan urusan rakyat untuk mendapatkan vaksin. Antara lokasi yang biasa digunakan adalah seperti dewan serbaguna, balai raya, institusi pengajian dan sebagainya.

Masjid juga antara pilihan sebagai pusat pemberian vaksin. Namun, pandangan Dr. Kamilin Jamilin agak berbeza tentang hal ini. Mari kita ikuti pandangan beliau.

Saya sangat tidak bersetuju masjid digunakan sebagai PPV (Pusat Pemberian Vaksin) buat masa ini. Bukan kerana ingin menghalang fungsi masjid sebagai pusat mesra masyarakat, tapi untuk mengelakkan fitnah terhadap masjid yang timbul akibat dari kelemahan pihak berkuasa dan masyarakat dalam pematuhan SOP.

Para mufti dan ulama akan difitnah sebagai ulama jahat yang taat kepada Dajjal, sedangkan hukum-hakam yang dikeluarkan tidak lari dari kerangka ijtihad jumhur yang berlandaskan disiplin fiqh, apatah lagi tidak pernah sekali pun Dajjal dijemput hadir ke mesyuarat fatwa. Namun kerana ketempangan perlaksanaan dari pihak luar, para ulama dan masjid pula yang mendapat tempiasnya.

pusat pemberian vaksin 1

Solat jemaah terhad dan berjarak, tapi petugas dan penerima vaksin boleh berasak-asak di dalam masjid?

Salah ulama.

Sedang divaksin beramai-ramai, tiba-tiba azan berkumandang, kena keluar sebab tak boleh solat berjemaah melebihi kapasiti?

Salah ulama.

Masjid menjaga rapi SOP, tapi kilang dan majlis luar buat tidak peduli?

Salah ulama.

Pihak kerajaan negara luar membenarkan penganjuran konsert dan perhimpunan ramai?

Salah ulama.

Gunalah dahulu segala dewan yang ada; dewan serbaguna, dewan sukan dan dewan sekolah yang masih banyak kosong tidak diguna. Kelak jika sudah penuh kerana bekalan vaksin yang sangat banyak atau setelah masjid boleh diimarahkan, barulah dipertimbangkan penggunaan masjid sebagai PPV untuk membantu mempercepatkan proses vaksinisasi.

Sekadar lontaran.

BACA: Dah Ambil Vaksin? Ini Senarai Promosi Yang Boleh Anda Tebus

Sumber: Dr. Kamilin Jamilin