
Curi Identiti Orang Lain Untuk Raih Undi Majoriti, ‘Sarkar’ Kritik Taktik Keji Parti Politik
Sarkar kritik politik keji raih majoriti undi dengan curi identiti orang lain.
Selain daripada filem/drama daripada Jepun, Netflix juga sudah banyak mengeluarkan filem/drama Tamil yang menarik.
BACA: ‘Master’: Filem Aksi Lakonan Hero Tamil Popular Vijay Kini Di Pawagam
Salah satunya ialah Sarkar (2018) lakukan Vijay, Keerthy Suresh, Varalaxmi, Sarathkumar, Radha Ravi dan Yogi Babu.
Umum sedia maklum, banyak filem/drama Tamil yang secara terbuka mengkritik sistem di India, sama ada daripada segi politik, pendidikan mahupun sosial.
Sarkar mengisahkan mengenai Sundar Ramaswamy, seorang taikun dari India yang memiliki syarikat korporat gergasi di Amerika Syarikat.
Mengamalkan cara urus niaga yang ‘kejam’, Sundar sanggup menempuh perjalanan yang jauh demi mengundi di tanah kelahirannya.
Namun apabila tiba di dewan mengundi, beliau dimaklumkan bahawa namanya telah digunakan untuk mengundi.
Perjalanan yang sepatutnya beberapa jam dilanjutkan demi keadilan dan hak beliau sebagai pengundi susulan kes penipuan mengenai undi ini dibawa ke mahkamah.
Biarpun menerima desakan dan pujukan daripada pelbagai pihak untuk menarik balik dakwaannya termasuklah ibunya, Sundar tetap bertegas dengan pendiriannya.
Bagi beliau, itu adalah haknya sebagai seorang rakyat dan tiada siapa boleh menarik haknya menurut undang-undang.
Tindakan Sundar membuatkan dua ahli politik berpengaruh dan korup, Masilamani dan Malarvannan ‘Rendu’ tidak senang.
Meskipun parti diketuai Masilami meraih undi majoriti, namun disebabkan permintaan Sundar, mahkamah mengarahkan agar keputusan pilihanraya itu ditangguhkan sehingga kes selesai.
Isu penipuan dalam pilihan raya ini bukanlah satu isu yang baharu.
Namun pengarah AR Murugadoss yang juga penulis skrip bersama B. Jeyamohan dengan beraninya mengangkat isu ini.
Untuk menonton filem Sarkar yang mengkritik sistem politik keji ini, anda bolehlah lakukan carian di Netflix.
Sebelum itu, apa kata tonton dahulu trailer filem ini di pautan bawah:
Trending now



