durian

Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Pahit Menjual Durian Selama 48 Jam

Musim durian telah kembali! Kepada penggemarnya, sekarang lebih mudah untuk membeli raja buah ni. Hanya order online, terus boleh sampai ke rumah.
Namun, adakah anda tahu realiti di sebalik bagaimana anda boleh membeli buah ini daripada peruncit sama ada di jalanan mahupun secara online? Seorang pengguna Facebook bernama Mohamad Jamalee telah membuat perkongsian bagaimana beliau mula menjual buah ini dan apa hasil yang beliau dapat selepas 48 jam.
Jom baca lebih lanjut.

PENGALAMAN MENJUAL DURIAN SELAMA 48 JAM

Saja nak kongsi pengalaman jadi penjual durian kopek ni. Pada saya pengalaman menarik untuk dikongsikan sebab saya pilih untuk jual durian ni untuk lihat dan rasa sendiri apa yang menyebabkan durian ni orang kata mahal-mahal-mahal.
So ceritanya bermula begini…
2 hari lepas saya dengan wife ambil keputusan untuk jual durian kopek (alaa yang dah masuk bekas tu). Kami ambil keputusan untuk jual durian yang dah dikopek sebab:
1. Kami sendiri dah banyak kali terkena beli durian mahal-mahal, bila bukak alahai ada yang dah rosak, ada yang mengkal, dan ada yang dapat 3 ulas saja (tebal kulit je).
2. Sebab kami sendiri rasa orang jual durian yang dah siap kopek ni mahal. I mean, beli durian sekilo RM12 – RM13, takkan jual sampai RM30 – RM40 ya dak? I mean how hard can it be? How greedy can you be?
May be an image of durian
Jadi dengan niat untuk memberikan yang terbaik pada harga yang paling marhaen, kami pun terjun dalam bidang jual durian ni.
Kami mula-mula kena buat keputusan durian jenis apa nak jual. Disebabkan kami tinggal di Hulu Langat, maka kami ambil keputusan untuk jual durian Langat (durian kampung dan durian bukit).
Kami juga buat keputusan takkan campurkan dengan durian luar, biarpun lebih murah. Kita kena bantu pekebun-pekebun di sini.
Berbekalkan contacts-contacts saya sebelum ini (saya ada jual sayur dan buah lain juga), kami mula menjejak pemilik-pemilik dan penjual-penjual durian Langat ori ni..
Kami pun jumpalah beberapa pekebun dan mereka pun bersetuju untuk jual kepada kami pada harga yang berpatutan.
Kami balik, buat kira-kira sikit, dan kami pun dapat harga jualan untuk setiap pek pada harga RM28.00 untuk 500 gram.
Masa tu kira-kira, oklah ada untung yang munasabah, harga jualan pun dapat diberi pada harga marhaen dan harga mampu milik.
May be an image of durian
Jadi bermulalah rutin kami selama 2 hari.
– Pagi keluar ke setiap kebun ambil buah.
– Balik tengahari, kopek dan isi ke dalam pek.
– Buat penghantaran.
– Balik petang tu pusing lagi sekali setiap kebun ambil buah.
– Malam tu kopek dan isi dalam pek, simpan dalam fridge.
– Esok paginya buat penghantaran.
– Lepas tu pusing kebun ambil buah.
– *repeat*
Malam ini genaplah 2 hari atau 48 jam kami jual durian dalam pek, berat 500 gram, pada harga RM28.00.
Total berat keseluruhan buah yang dikopek ialah 77 kilogram.
Tolak yang rosak apa bagai, dapat lah dalam 37 pek bersamaan 19 kilogram isi sahaja.
Balik tadi kira-kira untung kasar, harga jualan tolak kos, 1 pek dapatlah lebih kurang RM4.20.
Tolak bekas, tolak duit minyak tol, dapatlah dalam RM3.20 untung bersih (lebih kurang) untuk setiap pek.
RM3.20 x 37 pek, dapatlah RM118.40 untuk 2 hari dari pagi sampai ke malam.
Bahagi 2 orang punya gaji, saya dan wife, sorang dapatlah RM59.20 sorang untuk 2 hari.
Maknanya gaji saya dan wife sehari dalam RM29.60 serba seorang.
Banyak kan?
Tak. Saya bukan kongsikan pengalaman ni untuk meraih simpati, jauh sekali nak kata menyesal letak harga murah sangat. Saya berkongsi supaya ramai tahu mengapa harga durian ni kadang terasa macam harga Yahudi.
Yeah of course, ada saja cara lain saya boleh buat untuk kurangkan kos contohnya beli borong beratus kilo, atau pajak kebun, tapi realitinya saya bukan tokey besar, dan banyak penjual durian lain, makcik-makcik kampung semua tu bukan tokey besar juga.
So fahamlah kadang bila kita tawar-menawar dengan mereka, kenapa mereka kelihatan agak sugul bila harga yang kita minta terlalu sikit.
Zaman-zaman durian selonggok RM7 – RM8 telah lama berlalu…
Dan akhir sekali saya nak kongsi realiti kejam dunia berniaga.
Pelanggan tak kisah anda buat kerja dari pagi sampai ke malam. Pelanggan tak kisah anda uruskan semuanya berdua saja. Pelanggan tak kisah anda niat baik nak bagi harga murah untuk semua boleh nikmati. Pelanggan tak kisah anda berkejaran ke sana ke mari untuk siapkan order.
Pelanggan kalau dia nak cancel, dia cancel saja, walaupun anda dah on the way…
Itu realiti dunia berniaga.
Of course ada yang baik hati dan amat memahami lah.
Tapi cukup 2 3 orang pelanggan yang jenis bekeng yang akan membuatkan seluruh hari anda rasa macam sia-sia.
Jadi itulah dia, perkongsian pengalaman 48 jam mencuba jual durian.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Hiduplah Durian Untuk Negara!
*Lepas ni kena naikkan harga. Tak boleh letak RM28.00 satu pek dah. Ini sebenarnya tujuan asal posting ni.
Tahukah anda, terdapat taktik licik daripada segelintir peniaga buah ini meletakkan harga bergantung kepada betapa mewahnya kenderaan si pembeli? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini.