Video Air Boleh Dibelah

Video Air Boleh Dibelah Hingga Putus Ini Buat Ramai Terpegun

Video Air Boleh Dibelah Hingga Putus Ini Buat Ramai Terpegun.

Bangsa Melayu sememangnya terkenal dengan adat resam dan budaya turun-temurun termasuklah bahasa yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu.

Terdapat beberapa jenis peribahasa Melayu tentang perpaduan, masyarakat, muafakat dan kerjasama yang meliputi pepatah, perumpamaan, kata bidalan dan seumpamanya.

BACA: Kiasan Dalam Pantun Lambang Kesantunan Masyarakat Dahulu Berbahasa

Peribahasa tercipta dari pengalaman kehidupan harian sesuatu masyarakat. Peribahasa juga merupakan satu sindiran dan pengajaran orang terdahulu yang diturun sejak berzaman.

Ini menunjukkan orang dahulu menggunakan bahasa kiasan untuk meluahkan sesuatu kebenaran.

Antara peribahasa yang sejak kecil kita pelajari ialah ‘air dicincang tidak akan putus’ yang membawa maksud perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Teknologi kini buatkan air boleh diputus

Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan dan membuka jalan kepada sesuatu perkara yang manusia dahulu fikirkan mustahil boleh terjadi.

Contohnya, video yang dikongsikan di media sosial memaparkan eksperimen yang mana elemen air boleh dipotong dan diputus.

Video Air Boleh Dibelah
Sumber: The Action Lab

Menerusi video eksperimen itu, titisan air terbelah dua dan menjadi beberapa titisan kecil dengan menggunakan pisau superhydrophobic.

Hal itu terjadi disebabkan bahan seperti zinc dan polythylene yang digunakan untuk mencipta pisau tersebut. Ia juga disiapkan dengan menggunakan prosedur pemendapan galvanik tanpa elektrik.

Sebenarnya, eksperimen itu sudah dijalankan pada tahun 2012 oleh sekumpulan pengkaji yang diketuai Prof Ryan Yanashima dari Deparment of Chemistry & Biochemistry di Arizona State University.

Perkongsian video air yang dibelah itu membuatkan orang ramai berasa kagum dengan kajian sains.

Bagi pengomen Malaysia, ramai yang berseloroh mengaitkannya dengan peribahasa ‘air yang dicincang tidak akan putus’ dengan mengatakan bahawa peribahasa berkenaan sudah tidak relevan.

“Bukan air yang dicincang takkan putus ke ???? kenapa putusssss niiiiiii.”

“So air dicincang takkan putus isn’t valid anymore.”

Apapun, kajian tersebut amat mengagumkan! Boleh lihat video versi penuh di saluran YouTube.