Lari Daripada Kebiasaan, Kevin Hart Cemerlang Buat Emosi Penonton Terusik Dalam ‘Fatherhood’ 1

Lari Daripada Kebiasaan, Kevin Hart Cemerlang Buat Emosi Penonton Terusik Dalam ‘Fatherhood’

Terkenal dengan watak-watak komedi, kali ini Kevin Hart lari daripada kebiasaan dengan membawakan watak berbeza yang berjaya mengusik emosi penonton dalam filem terbaharunya di Netflix, Fatherhood.

Fatherhood mengisahkan mengenai Matt (lakonan Kevin Hart) yang berubah sekelip mata susulan isterinya, Liz (lakonan Deborah Ayorinde) meninggal dunia beberapa hari selepas melahirkan anak mereka, Maddy.

Biarpun orang di sekelilingnya tidak percaya Matt mampu menjaga Maddy yang masih bayi, rata-rata daripada mereka menyuruh Matt meninggalkan Maddy di bawah jagaan ibu, ibu dan bapa mentuanya.

Lari Daripada Kebiasaan, Kevin Hart Cemerlang Buat Emosi Penonton Terusik Dalam ‘Fatherhood’ 2

Tidak peduli dengan cakap-cakap orang sekeliling termasuklah desakan ibu Liz yang bertegas mahukan Matt dan Addy berpindah ke rumahnya supaya Maddy membesar dalam persekitaran keluarga.

Mahu membuktikan beliau boleh menjaga Maddy biarpun tanpa kehadiran seorang wanita bergelar ibu, babak bergerak ke lima tahun kemudian yang mana Maddy sudah berjaga memasuki sekolah yang menjadi impian Liz untuk anaknya.

BACA: Di Sebalik Gelaran Wanita Paling Hodoh Di Dunia, Ini Kisah Sedih Mary Ann Bevan

Dalam masa yang sama Matt berkenalan dengan Lizzie a.k.a Swan (lakonan DeWanda Wise) hasil perkenalan oleh kawan mereka, Oscar dan hubungan mereka direstui Maddy.

Konflik mula bermula apabila Maddy menjadi satu-satunya pelajar perempuan yang memakai seluar ke sekolah dan enggan mengikut peraturan beruniform yang disediakan.

Semasa diusik rakan-rakan lelakinya, Maddy tercedera. Namun apabila pihak sekolah cuba menghubungi Matt, beliau gagal dihubungi. Menyesal dengan apa yang berlaku, Matt diburu rasa bersalah sehingga membuatkan beliau tidak mampu berfikiran rasional.

Pada ketika itu jugalah, Matt dimaklumkan pegawai atasannya yang beliau diminta untuk ke luar negeri atas urusan kerja.

Untuk ketahui apa yang berlaku seterusnya, anda yang sudah bersedia untuk dijentik emosi oleh lakonan Kevin Hart bolehlah menonton filem ini di Netflix.

Sebelum itu, apa kata tonton dahulu trailernya di pautan bawah:

Dalam filem ini, Kevin seperti berada di barisan belakang dan memberikan ruang kepada pelakon-pelakon lain seperti Lil Rel Howery dan Anthony Carrigan yang melakonkan watak sebagai rakan beliau untuk menyerlahkan perwatakan komedi mereka.

Kevin Hart Fatherhood 2

Ini kerana dalam satu temu bual bersama Entertainment Weekly, Kevin menjelaskan beliau tidak mahu ‘bertanggungjawab’ untuk komedi, biarpun jenaka yang dibuat adalah ringan.

“Saya tidak mahu bertanggungjawab hanya untuk ketawa, ketawa, ketawa. Saya rasa yang ‘beban’ ini perlu diletakkan di bahu pelakon lain yang boleh buat apa yang mereka mahukan, kemudian saya akan buat apa yang saya perlu.

Bila ada jenaka yang perlu saya buat untuk penonton ketawa, saya akan buat dengan cara yang berada.

Tetapi sekali lagi, bukan secara berlebihan.”