Kicap Kipas Udang Kalimah Allah

“Dah Banyak Botol Kicap Buang Begitu Saja” – Ramai Baru Perasan Selepas Ustaz Ini Keluarkan Kenyataan

Tulisan Arab pada label jenama kicap Cap Kipas Udang.

Apabila bercakap mengenai kicap Habhal’s Cap Kipas Udang, sudah pasti ramai yang mengenalinya kerana ia telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia buat sekian lama.

Produk yang cukup terkenal dan menjadi kegemaran ramai itu dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak dari tahun 1987 lagi.

Tak perlukan teknik pemasaran yang bombastik, jenama cap Kipas Udang terkenal dengan kualiti rasanya yang enak.

BACA: Pengasas Kicap Cap Kipas Udang Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook, Abdul Rahman Mohamed tampil mengulas isu yang mana ada kalimah ‘Allah’ yang tertera pada botol kicap yang dikeluarkan oleh keluarganya sendiri iaitu Datuk Haji Ahmad Bin Haji Abdul Lathief.

Menurutnya, nama Abdul Latheif yang ditulis dalam tulisan Arab/ Jawi adalah daripada dua kalimah iaitu ‘Abdu’ dan ‘Al Latheif’. Perkataan ‘Al Latheif’ merupakan salah satu nama Allah SWT dan ‘Abdu’ bermaksud hamba.

“Nama Al Lathief jika ditulis dalam tulisan selain Arab maka tidak tertakluk pada hukum memuliakan kalimah-kalimah yang baik, namun apabila ditulis dalam teks Arab ia merupakan nama Allah yang wajib dimuliakan dan tidak diletakkan di tempat-tempat yang tidak baik seperti di tandas dan tong sampah,” jelasnya lagi.

Pengasas Kicap Cap Kipas Udang Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun 1

Saran koyak label sebelum buang botol

Walaupun perkara tersebut masih dalam perbincangan, beliau menasihatkan agar pengguna mengoyakkan label yang tertera nama Allah SWT terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam tong sampah bagi mengelakkan daripada hukum tidak memuliakan nama Allah SWT.

“Meskipun perkara ini masih ada argumennya, dinasihatkan apabila anda mahu mencampakkan botol-botol yang ada tertera nama agung Allah SWT ke dalam tong sampah, dikoyakkan bahagian yang ada nama Allah اللطيف tersebut untuk mengelakkan daripada hukum tidak memuliakan nama Allah SWT,” katanya.

Melihat pada ruangan komen, orang ramai mengucapkan terima kasih di atas peringatan yang diberikan. Ada juga yang mengakui sudah beberapa kali membuang botol kicap tanpa mengoyakkan label kalimah Allah kerana baru mengetahui hal tersebut.

Dalam pada itu, netizen juga berpendapat agar pemilik produk menukarkannya kepada tulisan rumi bagi mengelakkan kejadian seperti ini.

Memberi maklum balas, Abdul Rahman mengatakan mereka sedang mengusahakan dan kenyataan yang dikeluarkan bertujuan untuk menyampaikan apa yang perlu dibuat orang ramai yang menggunakan botol kicap tersebut buat masa ini.

Sumber: Facebook Abdul Rahman Mohamed