Ramai Tak Mahu Jeff Bezos Kembali Ke Bumi

Bakal Ke Angkasa Lepas Julai Depan, Ramai Berharap Jeff Bezos Tidak Kembali Ke Bumi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bakal Ke Angkasa Lepas Julai Depan, Ramai Berharap Jeff Bezos Tidak Kembali Ke Bumi.

Baru-baru ini, pengasas Amazon itu mendedahkan bahawa dia dan adiknya Mark, akan mengikuti penerbangan ke angkasa lepas pada 20 Julai depan dengan menaiki kapsul ‘New Shepard’ yang baru dilancarkan oleh syarikatnya, Blue Origin.

Dua beradik terbabit akan turut disertai oleh pembida misteri yang masih dirahsiakan identitinya yang membayar sebanyak $28 juta (RM115 juta).

Bezos memaklumkan pengembaraan ke angkasa lepas adalah sesuatu yang mahu dilakukan sepanjang hidupnya.

Seperti kenderaan angkasa lepas lain, Virgin Galactic dan SpaceX, Blue Origin berharap akan dapat menawarkan perjalanan kepada orang ramai dengan mengenakan bayaran suatu hari nanti.

Bagaimanapun, di sebalik hasrat itu, satu petisyen dalam talian dilancarkan supaya manusia paling kaya di dunia pada waktu ini dihalang mendarat semula ke bumi.

Dalam petisyen tersebut, dinyatakan beberapa alasan teori konspirasi berkaitan Bezos sebagai penjelasan kenapa beliau tidak perlu kembali ke Bumi.

Dinyatakan Bezos sebenarnya adalah ‘Lex Luthor’ yang menyamar sebagai pemilik rangkaian kedai runcit dalam talian yang sangat berjaya.

“Dia adalah penguasa jahat yang menguasai dominasi global. Kami mengetahui perkara ini sejak bertahun-tahun sebelum ini,” kata petisyen itu.

Petisyen tersebut sudah berlangsung selama seminggu dan mempunyai lebih daripada 18,000 tandatangan.

Ramai Tak Mahu Jeff Bezos Kembali Ke Bumi

Tiga hari sebelum Bezos membuatkan pengumuman mengenai pengembaraannya ke angkasa, dua petisyen dilancarkan atas tujuan yang sama.

“Orang kaya bilionair sepatutnya tidak wujud atas bumi atau di angkasa lepas, dan sekiranya mereka memilih untuk ke angkasa lepas, mereka patut terus tinggal di sana.”

Mereka yang menandatangani petisyen tersebut memberi alasan kembali ke bumi adalah satu keistimewaan, bukannya hak,

“Bumi tak mahu orang seperti Jeff, Bill Gates, Elon Musk dan bilionair seperti mereka.”

Perjalanan New Shepard ke angkasa lepas dijangka mengambil masa 10 minit sebaik berlepas dari kawasan padang pasir di barat Texas.

Semua penumpang akan dibawa mengelilingi garisan Karman yang menjadi sempadan antara atmosfera bumi dan ruang angkasa lepas.

BACA: Curi Dan Sekat, Ini Taktik Kotor Jeff Bezos Bagi Kekalkan Jualan Amazon

Sumber: Business Insider