PTPTN 1 Sen

Pengajaran Buat Peminjam Lain, Wanita Ini Kongsi Bagaimana Hutang PTPTN 1 Sen Boleh Jadi RM515 Lepas 6 Tahun

Gambar sekadar hiasan. Bagaimana hutang PTPTN 1 sen jadi RM515 dalam masa enam tahun?

Tidak semua orang mampu meneruskan pengajian menggunakan wang sendiri. Ada yang akan mencuba untuk mendapatkan biasiswa dan jika tidak berjaya, ramai daripada anak-anak tempatan yang ingin meneruskan pengajian akan memilih alternatif lain.

BACA: Ini Kisah Satu-Satunya Peminjam Yang Berjaya Saman PTPTN Di Mahkamah

Antaranya menggunakan bantuan pinjaman yang diberikan kerajaan iaitu PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

Namun, baru-baru ini tular satu perkongsian seorang pengguna Facebook, Cikgu Fateema yang sudah menyelesaikan hutang pinjaman pada 2015 terkejut menerima makluman yang beliau masih berhutang dengan PTPTN.

Rupa-rupanya masih ada hutang berjumlah satu sen yang mana selepas enam tahun jumlahnya bertambah menjadi RM515.

Pengajaran Buat Peminjam Lain, Wanita Ini Kongsi Bagaimana Hutang PTPTN 1 Sen Boleh Jadi RM515 Lepas 6 Tahun 2
Sumber: Cikgu Fateema

Bagaimana 1 sen menjadi RM515 dalam masa enam tahun?

Selain faedah, ada kos lain yang mungkin termasuk apabila bayaran tidak dibuat. Antaranya kos servis, insuran dan sebagainya.

Saban bulan, jumlahnya bertambah selagi mana ia belum dibayar.

Tak dapat surat pelepasan ke?

Ramai yang bertanya, beliau tidak menerima surat pelepasan yang menyatakan sudah selesai membuat bayaran pinjaman.

Kata Cikgu Fateema, beliau diminta untuk menunggu selama sebulan, namun surat yang ditunggu tidak sampai sehingga menyebabkan beliau terlupa mengenainya.

Kenapa tak bayar lebih beberapa sen?

Cikgu Fateema membayar baki pinjaman menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan urusan jumlah bayaran akhir yang akan dibayar diuruskan PTPTN bersama KWSP.

Rupa-rupanya, ramai yang senasib dengan beliau. Jika anda berada di tempat Cikgu Fateema, ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan:

  1. Simpan semua dokumen penting untuk dijadikan bukti di kemudian hari.
  2. Hubungi pegawai PTPTN yang berkaitan untuk maklmat lanjut.

Dalam perkembangan terbaharu, Cikgu Fateema memaklumkan yang kesnya sudah selesai. Malah beliau pun sudah menerima surat yang mengesahkan penyelesaian hutang beliau.

Pengajaran Buat Peminjam Lain, Wanita Ini Kongsi Bagaimana Hutang PTPTN 1 Sen Boleh Jadi RM515 Lepas 6 Tahun 1
Sumber: Cikgu Fateema

Semoga ini menjadi pengajaran dan pedoman kepada para peminjam yang lain.