A

Berang Bekas Isteri Dah ‘Move On’, Ayah Sanggup Bunuh & Buang 2 Anak Ke Dasar Laut Untuk Balas Dendam

Kerana mahu bekas isterinya merasa kesakitan yang tidak berpenghujung, seorang ayah sanggup bunuh kedua-dua orang anak nya dan membuang mayat mereka ke dasar laut.

Tomas Gimeno, 37 tahun didakwa membunuh anak perempuannya, Olivia dan Anna, masing-masing berusia enam dan satu tahun di rumahnya pada 27 April sebelum membungkus mereka dengan tuala dan plastik sampah. Mayat keduanya kemudiannya dimasukkan ke dalam beg sukan.

BACA: ‘Night Stalker: The Hunt for a Serial Killer’ Cerita Mengenai Mangsa Pembunuh Bersiri Ramirez

Pada hari Olivia dan Anna dilaporkan hilang, bekas isterinya, Beatriz Zimmermann memberitahu Timas mahu menghabiskan waktu petang bersama anak-anak perempuannya dan akan memulangkan keduanya pada jam lima petang.

Mahu Balas Dendam Kepada Bekas Isteri, Ayah Sanggup Buang 2 Anak Ke Dasar Laut 1
Sumber: SOS Desaparecidos

Namun selepas jam lima petang, Tomas masih tidak memulangkan anak-anak mereka dan beliau yang kerisauan telah pergi ke rumah Tomas namun mendapati tiada sesiapa di rumah. Apabila ditelefon, Tomas memberitahu beliau akan menghantar keduanya pulang selepas makan malam.

Dan Tomas yang memiliki beberapa perusahaan tanah pertanian di kampung halamannya dikatakan masih tidak kembali dengan anak-anak selepas dari waktu yang dijanjikan.

Sekitar jam 10 malam, semasa panggilan kedua Tomas memberitahu Beatriz yang beliau tidak akan berjumpa dengan kedua-dua anaknya lagi, dan Tomas akan menjaga keduanya.

Mesej yang sama dihantar pada 10.30 malam dan 10.40 malam. Pada 11.45 malam, telefon bimbit Tomas sudah tidak dapat dihubungi.

Poster Orang Hilang

Semasa mengambil anaknya dari Beatriz, Tomas ada menyerahkan satu bungkusan dan memintanya untuk membukanya pada jam 11 malam dan menelefonnya yang mana di dalamnya ada sepucuk surat selamat tinggal dan wang tunai berjumlah €6,200 (+-RM30,453.39).

Menurut polis, Beatriz memaklumkan yang Tomas meninggalkan Anna di rumah atuk dan neneknya di Santa Cruz de Tenerife sementara Olivia masih di sekolah untuk pergi melihat kapalnya di pelabuhan.

Selepas Olivia pulang, Tomas membawa keduanya ke kapal dan berlayar ke tengah laut.

TH3XIQRDUMAAQWJA4D4MQK6LEQ
Kapal milik Tomas ‘dibawa keluar’ dari laut untuk siasatan. Sumber: Ramon De La Rocha

Menurut pekerja pelabuhan, kehadiran Tomas ke pelabuhan itu tanpa kanak-kanak, tetapi membawa keluar dua beg sukan dari sebuah kereta Audi A3 putih tanpa dicurigai dan berlayar ke tengah laut.

Pada ketika Beatriz dihubungi pada 10.30 malam, polis percaya yang mayat Olivia dan Anna yang diikat dengan pemberat dan sauh kapal sudah pun dibuang ke dasar laut.

Tanpa ada yang tahu, rupa-rupanya Tomaz meninggalkan anjingnya, dua kad kredit berserta nombor pin dan dua set kunci kereta Alfa Romeo yang baru dibelinya di rumah ibu bapanya.

Dalam satu dokumen kehakiman yang berdasarkan penyiasatan polis, Tomas cuba meninggalkan sakit yang tidak dapat dibayangkan bekas isterinya dan berusaha menunjukkan ketidakpastian di mana keberadaan anak-anak mereka kerana menyangka mereka tidak dapat ditemui.

Ini kerana dendam kepada bekas isterinya yang menemukan cinta baharu, seorang lelaki berusia 60 tahun selepas daripada perceraian mereka pada pandemik tahun lalu. Keduanya sudah bercinta sejak dari remaja lagi.

“Itulah sebab kenapa Tomas hanya membiarkan saya sahaja yang hidup.” – Beatriz

Malah pihak polis juga percaya ini bukan rancangan yang dirancang dalam masa beberapa hari melihatkan kepada penggunaan ‘bukti-bukti’ yang berada dalam capaian Tomas.

Mahu Balas Dendam Kepada Bekas Isteri, Ayah Sanggup Buang 2 Anak Ke Dasar Laut 2
Kapal yang terlibat dalam pencarian. Sumber: Miguel Barreto

Tomas sebelum ini juga ada memberitahu Beatriz, saudara maranya yang beliau akan pergi bersama Olivia dan Anna, dan tidak akan menemui mereka lagi.

Hasil pencarian polis di laut, berdasarkan koordinat terakhir yang dikesan, satu beg sukan ditemui dan di dalamnya ada mayat Olivia. Berhampiran itu terdapat satu lagi beg sukan, namun ianya sudah terbuka. Polis percaya ia berisi mayat Anna yang sehingga kini masih belum ditemui.

Biarpun pihak polis menemui kesan darah Tomas di dalam kapal, yang mana mereka juga berteori yang Tomas membunuh diri dan turut terjun ke laut, namun waran tangkapan atas kesalahan pembunuhan dan keganasan rumah tangga masih lagi berkuat kuasa selagi beliau tidak ditemui.

Sejak daripada kehilangan Olivia dan Tomas yang menimbulkan kemarahan di Sepanyol, orang ramai yang berang dengan tindakan Tomas sebagai seorang ayah yang sanggup mem bunuh anak nya telah hadir berdemonstarasi di jalan raya dan menghadiahkan penghormatan terakhir kepada kedua-dua mangsa yang menjadi mangsa kejam ayah mereka sendiri.

Protesters light candles for 6 year old Olivia Gimeno
Sumber: LightRocket

Sumber:

  1. English Elpais
  2. inews.co.uk