
26 Tahun Berkhidmat Dengan TV3, Wartawan Dedah Wajah Jurukamera ‘Abe Ajis Jatuh Bok’ Sempena Persaraan Beliau
Masih ingat lagi dengan klip liputan banjir ‘Abe Ajis Jatuh Bok’ di Kampung Merbau Meyusut, Setiu, Terengganu oleh wartawan Mohd Ishak Abdillah Ngah pada Disember 2018?
BACA: “Aku Bukan Lagi Wartawan” Baca Luahan Hati Lelaki Ini Selepas Kumpulan Utusan Disahkan Tutup
Hampir tiga tahun tular, wajah empunya nama Abd Aziz Abdullah yang digelar netizen sebagai ‘Abe Ajis Jatuh Bok’ ini masih lagi menjadi misteri.

Namun bersempena dengan persaraan beliau yang mana hari ini genap 23 tahun beliau berkhidmat dengan TV3, Mohd Ishak secara eksklusifnya mendedahkan wajah figura tersebut dalam satu rakaman video pendek.
Seperti dijanjikan. Inilah dia Abe Ajis Jatuh Bokk atau nama sebenarnya Hj. Abd Aziz Abdullah. Selamat bersara abe ajis setelah 26 tahun berkhidmat sebagai jurukamera di TV3. Jasa mu dikenang sampai bila-bila.
P/S:abe ajis ni pemalu orangnya. pic.twitter.com/QWvW4vG7IX— Mohd Ishak Abdillah Ngah (@ShaqNewsMPB) June 17, 2021
Rata-rata netizen teruja dengan pendedahan ini turut mengucapkan selamat bersara kepada Abd Aziz namun sempat membuat permintaan supaya Abe Ajis berkongsi pengalaman beliau semasa jatuh dari bot dalam kejadian lalu.
Selamat abg ajis jatuh bot.Cuma nak mintak abg ajis kongsikan sedikit perasaang masa jatuh bot tu.debor ker cemah atau takut.
— Sharif Muda (@MrCikedut) June 18, 2021
Blh tk nk mintak Abe Ajis berkongsi pengalaman jatuh bokk?
— Aishah al-Kanderi™ (@nur_aishahK) June 17, 2021
Untuk pengetahuan anda, video pendek Abd Aziz yang terjatuh dari bot telah dimuat naik di YouTube Buletin TV3 dan setakat hari ini jumlah tontonan sudah melebihi 1.14 juta kali.
Banyak meme yang dihasilkan daripada klip video pendek itu bukan sahaja daripada kalangan rakyat Malaysia sendiri, tetapi juga oleh orang luar.
Mat Salleh nak kene ni buat parody Abe ajis jatu bok!!!
Pepun, parody2 ni akan mengingatkan saya kepada abe ajis (Hj.Aziz Abdullah) yang akan bersara pd 18 Jun ini slps 26 tahun berkhidmat dgn TV3. hampir 11 thn saya bekerja dengan abg ajis di Ganu. Lepas ni siapa penggantinya… pic.twitter.com/Okmaz6jjqs— Mohd Ishak Abdillah Ngah (@ShaqNewsMPB) June 2, 2021
Sebelum ini, Mohd Ishak telah membuat laporan polis apabila video ‘Abe Ajis jatuh bok’ diparodikan secara melampau oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyentuh sensitiviti agama.
Jika kawasan rumah anda selalu ditimpa banjir, ada tips sebenarnya untuk selamatkan barang elektrik semasa banjir.
- Perkara penting yang perlu anda buat ialah jangan sesekali cuba untuk menghidupkan barang elektrik anda untuk menguji sama ada ianya masih elok atau pun tidak.
- Tembak menggunakan air bagi membersihkan lumpur di setiap bahagian termasuklah di kawasan tertutup.
- Jangan gunakan berus, hanya guna berus cat untuk menghakis lumpur.
- Bila dah bersih, jemur di kawasan panas sekitar dua ke tiga hari sehingga tiada kelembapan pada komponen dalaman.
- Untuk pastikan ianya betul-betul kering, anda boleh gunakan pengering rambut.
Baca lanjut: Masih Boleh Guna, Ini Tips Selamatkan Barang Elektrik Semasa Banjir
Trending now



