Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja Di Jepun

Di Jepun, Tidur Dalam Mesyuarat Adalah Tanda Dedikasi Pada Kerja

Di Jepun, tidur dalam mesyuarat adalah tanda kepada dedikasi bekerja?

Di kebanyakan negara, tidur semasa acara sedang berlangsung boleh ditafsirkan sebagai tindakan yang tidak menghormati majlis.

BACA: Dipaksa OT Sampai 80 Jam Sebulan, Ini Budaya Kerja Toksik Di Jepun

Namun tahukah anda di Jepun, tidur semasa mesyuarat berlangsung selalunya dilihat sebagai simbol dedikasi kepada kerja?

Melihatkan pada budaya Jepun yang terlalu keras dalam bekerja, perlakuan tidur di dalam mesyuarat atau lebih dikenali sebagai inemuri merupakan perkara biasa dan ia diterima masyarakat.

Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja Di Jepun 1
Sumber: Amusing Planet

Menurut Dr. Brigitte Steger dari Universiti Cambridge, beliau pertama kali menghadapi situasi ini ialah semasa pertama kali tinggal di Jepun pada akhir 1980-an semasa Jepun berada di puncak Bubble Economy, satu keadaan semasa harga saham dan hartanah menjadi terlampau mahal.

Pada ketika itu, pekerja bekerja tanpa henti kemudian tertidur semasa perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Malah pelajar juga berjaga sehingga larut malam dan tertidur di dalam kelas.

Ini menjadikan tidur semasa di perjumpaan sosial semakin meluas dalam budaya Jepun.

Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja Di Jepun 3
Sumber: Bashny

Akan tetapi dalam inemuri ada peraturan; bergantung kepada status dalam tangga sosial.

Sebagai contoh, sekiranya anda seorang kakitangan yang baru menyertai syarikat tidak dibenarkan untuk tidur.

Sebaliknya jika anda berusia 40-50 tahun dan topik yang dibincangkan tidak secara langsung merujuk kepada anda, maka anda dibenarkan untuk tidur.

Secara mudahnya, semakin tinggi tangga sosial anda, semakin banyak anda boleh tidur.

Selain daripada itu, dalam etika inemuri, seseorang itu mungkin ‘jauh’ daripada segi mental, namun mereka perlu kembali ke situasi sosial jika diperlukan.

“Tubuh perlu berpura-pura aktif dalam perjumpaan, seperti anda fokus dengan apa yang dibincangkan.

Anda tidak boleh tidur di bawah meja. Posisi duduk perlulah seolah-olah anda mendengar dengan teliti dan menundukkan kepala.”

Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja Di Jepun 2
Sumber: Tristan Vick

Inemuri di Jepun hampir sama dengan budaya di Sepanyol iaitu siesta; pemberian waktu rehat makan tengah hari yang panjang.

Ini kerana bagi mereka, ketidakseimbangan yang berlaku boleh memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada syarikat disebabkan produktiviti yang semakin menurun, tetapi juga kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Di kebanyakan negara, waktu rehat makan tengah hari adalah satu jam, namun di Sepanyol masa yang diberikan adalah tiga jam, kebiasaannya bermula pada jam dua petang dan berakhir pada jam lima petang.

Baca lanjut di: Tempoh ‘Lunch Break’ Di Sepanyol Paling Panjang Di Dunia