Siapa Yang Boleh Tidur Akan Diburu, Filem ‘Awake’ Penuh Adegan Sesak Nafas 4

Siapa Yang Boleh Tidur Akan Diburu, Filem ‘Awake’ Penuh Adegan Sesak Nafas

Filem Awake merupakan filem sains fiksyen thriller Amerika yang diarahkan oleh Mark Raso dan dibintangi Gina Rodriguez, Jennifer Jason Leigh, Barry Pepper, Finn Jones, Shamier Anderson, Ariana Greenblatt, Frances Fisher, Elias Edraki, Lucius Hoyos dan Gil Bellows.

Biarpun menerima kritikan, filem yang baru ditayangkan di Netflix awal Jun ini sangat menarik untuk ditonton.

Jill Adams merupakan bekas tentera perubatan Amerika Syarikat yang baru sahaja pulih dari penagihan.

Namun untuk meneruskan kehidupan dengan gaji sebagai pengawal keselamatan, beliau terpaksa mencuri dadah dari makmal penyelidikan dan menjualnya semula.

Siapa Yang Boleh Tidur Akan Diburu, Filem ‘Awake’ Penuh Adegan Sesak Nafas 1

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba bekalan kuasa di bandar terputus. Akibat itu, kereta yang dipandu Jills hilang kawalan dan terjunam ke dalam tasik.

Anak perempuan Jills, Matilda hampir lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pegawai sherif yang ada berhampiran.

BACA: ‘No Mercy’ Filem Penuh Aksi Lakonan Lee Si-Young Kini Di Netflix 

Pada malam itu, semua orang di rumah tersebut tidak dapat tidur kecuali Matilda. Rupa-rupanya majoriti daripada penduduk bandar juga mengalami masalah yang sama.

Keesokan harinya, Jills dapati Matilda tiada di rumah. Selepas mendengar penjelasan rakan sekerjanya, Dr Murphy bahawa rakyat akan segera meninggal dunia disebabkan insomnia, Jills panik akibat risau dengan nasib Matilda yang merupakan satu-satunya boleh tidur di bandar itu.

Siapa Yang Boleh Tidur Akan Diburu, Filem ‘Awake’ Penuh Adegan Sesak Nafas 3

Matilda dibawa neneknya ke gereja, dan bagi menyelamatkan Matilda daripada menjadi korban, Jills perlu membawa Matilda ke sebuah makmal yang dijangka boleh membantu menyelesaikan masalah mereka.

Namun, perjalanan itu tidaklah mudah. Mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan yang bila-bila masa boleh mencabut nyawa masing-masing.

Siapa Yang Boleh Tidur Akan Diburu, Filem ‘Awake’ Penuh Adegan Sesak Nafas 2

Dapatkan mereka mencari ubat untuk penyakit misteri ini? Anda boleh tonton filem ini di Netflix sekarang.

Sebelum itu, apa kata tonton dahulu trailer filem Awake ini di pautan bawah: